Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Nov-2011 09:20 Email | Share | Bookmark
Buat Roti Tortilla Pula.....

Semalam kak rus ke rumah Mak Tuan Sharifah Asma....beliau jemput makan-makan sempena sambutan harijadinya.Tak ramai yang dijemputnya cuma kenalan biasa yang rapat......tak sampai 10 orang pun.Macam-macam juga dijamunya antaranya soto,ketupat nasi dengan kuah kacang,ketupat pulut ngan serondeng,nasi tomato,ayam masak rose,ayam golek,dalca,acar timun,sambal mangga....eeeehhhhhh ada lagi tak ingat dah.Alahai.....rajin sungguh Mak Tuan memasak walaupun dah berusia 70an lebih.
Kak rus buat kek pisang lagi untuk dibawa ke rumah Mak Tuan....pasal pisang banyak dah ranum.....dan memang sedap kek pisang resepi CMG.Balik ke rumah lebih kurang pukul 3.00 petang dan lintang pukang kak rus terus berlari untuk bersembahyang Zohor.
Petangnya lebih kurang pukul 6.30.......terdengar....Assalamualaikum......Alahai siapa ni....petang-petang ni.......?Ooooohhhh rupanya Si Nahariah.....bibik Mak Tuan menghantarkan satu sia tingkat hidangan jamuan tadi.Terima kasih Mak Tuan......
Pagi ni entah macam mana....kak rus rasa beria-ia nak cuba buat Roti Tortilla.Rupanya tak susah manapun nak membuatnya....heheheheeeee.Selalunya kak rus beli saja kat Tesco yang ready made.....perangat sikit dah cicah kari semalam.
Roti tortilla ni lebih kurang roti capati....cuma tortilla dibuat menggunakan tepung gandum sedangkan capati menggunakan tepung atta.



Resepinya dari Foodgawker- kak rus buat separuh sahaja,dapatlah 10 keping
4 cwn tepung gandum
1 st garam
2 st baking powder
2 sb shortening/lemak sayur
1 1/2 cwn air
sedikit minyak untuk menyalutnya supaya tidak melekat semasa memerapnya sekejap
secukupnya tepung gandum semasa mencanainya.
Cara membuatnya
Gaul tepung,garam,baking powder bersama shortening sebati kemudian diuli lembut dengan air.Kepal-kepal sama saiz menjadi 20-24 ketul.Lumurkan ketulan adunan ini dengan sedikit minyak dan perapkan 10 minit.
Ambil seketul,canai nipis dan membulat di pencanai yang ditabur tepung.Goreng tanpa minyak dengan api yang kecil ....alih sebelah lagi.....
Seeloknya roti ini dibalut dengan kain bersih supaya kelembutannya tahan lama.
Bila selesai menggorengnya boleh dihidangkan dengan kari.




Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net