Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Nov-2011 15:15 Email | Share | Bookmark
Keema Daging dengan Roti Naan

Kak rus ke HKL lagi menjalani Iodin Therapi......huhuhuhu.......dan masih suka menginap di Hotel Selesa di hadapan Maju Junction.....hahahahaaaaaa.....
Untuk makan malam kak rus ke restoran berdekatan, House Of Beriani di Medan Tuanku....alahai walaupun hujan turun lebat, restoran ni penuh dengan pengunjung.Layanannya cukup cepat.....cakap saja apa nak makan sebentar lagi hidangannya datang dengan roti naannya yang berasap.Sedap sangat roti naan panas yang berintikan cheese berlaukkan Keema Daging.
Balik mesti cuba buat lain.....buat Keema daging saja.....roti nannya kak rus beli yang ready made jenama Kawan.Kak rus tangkup dua keping roti tu dengan cheese dan goreng tohor.....menjadi juga....bila ditarik roti tu, cheesenya jadi lembek meleleh panjang-panjang.



Ini resepinya dari dapur siapa ya.....Terima Kasih banyak-banyak dah lupa siapa empunya resepi.

500 gm daging cincang
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia dihiris*
2 sb rempah kari daging*
1 sb serbuk cili*
1 sb serbuk lada hitam*
1 sk serbuk kunyit*

Penumis
3 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
10 tangkai bunga cengkeh
5-6 biji buah pelaga
6 hiris halia dipotong halus
3 tangkai daun kari

Bahan lain
3 biji ubi kentang didadu
4 biji buat tomato didadu kasar
200 gm sayur campur
1 biji cili capsicum hijau didadu.
sedikit daun rempah dicincang
1/2 cwn santan
sedikit minyak sapi
garam dan sedikit kiub ayam

Mesin bahan bertanda * dengan sedikit air.Bila siap campurkan dengan daging cincang dan perapkan sebentar.
Panaskan minyak sapi lalu tumis bahan penumis....bila kekuningan dan naik baunya masukkan campuran daging dan rempah yang dikisar tadi....masaklah hingga naik minyaknya kemudian masukkan kentang dan tomato dadu.Bila kentang nampak dah empuk masukkan santan,sayur campur,capsicum,daun rempah,garam dan kiub ayam.Biarkan atas api hingga kelihatan pekat....hmmmmmm dah boleh dihidangkan dengan roti naan atau apa-apa roti kegemaran.


Resepi Roti Naan
2 cwn tepung gandum*
3/4 st baking powder*
1/2 st soda bikabornat*
Bahan bertanda* diayak 3 kali

1/2 cwn yogurt
1/2 cwn susu suam
1/2 st gula
1 st garam
2 st minyak sapi
Keju mozarella diparut dan dikepal-kepal
Campurkan semua bahan kecuali cheese, diuli sebati kemudian diperap 2 - 3 jam.
Kemudian dikepal bulat lalu dicanai lalu digoreng tohor.
Sekiranya nak letakkan inti cheese,gunakan cheese mozarella letak ditengah roti kemudian dikepal baru dicanai,goreng tohor-hidang panas-panas.



Assalamualaikum ....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net