Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Nov-2011 21:28 Email | Share | Bookmark
Kena Berpantang Lagi......

Balik dari KL kak rus diarahkan doktor supaya berpantang kerana terapi radioaktif iodin....huhuhuhuuuuuuuu.......tak boleh memasak,tak boleh duduk dekat-dekat dan kena berjarak 1 meter dari orang lain,pinggan mangkok dan apa jenis peralatan tidak boleh dikongsi,termasuk bilik dan bilik air.....heheheeeeeee.....
Untuk tidak menghampakan pengunjung kak rus paparkan hidangan sebelum kak rus dikenakan larangan sebulan tak boleh makan seafood termasuk ikan kering dan ikan fresh....huhuhuhu..... Masa update ni Malaysia dok berentap dengan Indonesia.......1-1....alahai mintalah bagi Malaysia menanggggggggg........


Masak lemak Udang dengan Nanas dan yang ni haaaaaa.....Pekasam Goreng Bawang dengan Cili Api.........



2 ekor ikan pekasam.....jangan dibasuh
1 biji bawang besar dipotong membulat
8-10 biji cabai Melaka
minyak secukupnya
Pijarkan minyak,gorengkan bawang......bila dekat garing masukkan cabai Melaka yang diketuk sedikit bahagian atasnya supaya tidak meletup.Angkat dan ketepikan.Dengan menggunakan minyak yang sama ,goreng pula ikan pekasam.....pasti harum baunya kerana menggunakan minyak gorengan bawang.Bila garing sebelah bawah alihkan sebelah atas pula dan bila masak letakkan dalam pinggan dan letakkan bawang dan cabai Melaka yang digoreng tadi.Minyak gorengan ikan yang lebih boleh dijuraikan
atasnya.Tak perlu perah asam limau dah pasal ikan pekasam memang rasanya masam.




Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net