Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 26-Nov-2011 10:03 Email | Share | Bookmark
Home Alone........

Kak rus berseorangan di rumah.....huhuhuhuhuuuuuuu....suami kak rus dipanggil untuk memberi kursus lagi di KL.Anak juga turun ke KL.....jadi tinggallah kak rus berseorangan.
Sebenarnya sebentar lagi kak rus akan pergi makan kenduri bersama kawan-kawan....heheheheheeeeeee....nak pi dengan suami tak leh suami pula tiada.Kalau berseorangan sahih tak pi....rasa segan pula.Nasib baik ada kawan-kawan....heheheheee.
Kenduri pertama di Kelab Laguna Merbok......kawan lama semasa mengajar bersama-sama di SMKCFB.....Puan Zaiton bt Din,suaminya En. Nordin.Anaknya yang berkahwin hari ini ialah Sabariah bt Nordin yang pernah menjadi anak murid kak rus di sekolah tersebut........pasti seronok pasal nanti boleh berjumpa dengan kawan-kawan lama di SMKCFB.
Kenduri kedua di Kepala Batas.....di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas.....Ini kawan instant yang kak rus jumpa semasa kak rus pi shopping di Saigon....Puan Salmiah dan suaminya YM Tengku Azhar....alahai bolehlah jumpa semula dengan kawan-kawan yang pi Vietnam dulu......heheheheeeeee.......
Sebelum bersedia untuk makan kenduri....kenalah masak juga untuk breakfast hari ini kannnnnn.........heheheheeee.Lunch tak perlu pasal nak pi makan kenduri.Kak rus buat murtabak pagi ini memandangkan inti karipap pusing yang kak rus buat hari tu masih ada berbaki sejuk kaku dalam petiais.Tak perlu uli tepung buat kulitnya macam roti canai pasal .....kak rus ada kulit popia yang bersaiz besar.....huhuhuhuuuuu...bolehlah cuba hari ini walaupun nak buatnya hanya sebiji sahaja.



Inti karipap daging kak rus panaskan dan biarkan sejuk....kemudian kak rus campurkan telur....dan tambahlah apa yang patut....kak rus balutkan dengan kulit popia dan goreng dengan sedikit minyak sapi........haaaaaaaaa......siap jadi.Takkan nak makan saja murtabak tuuuu......kak rus gandingkan dengan bawang cuka....bawang besar dipotong nipis digaul sedikit cuka,gula dan garam kemudian boh sedikit pewarna merah.....haaaaahaaaaah.....perapkan sekejap.Hmmmmm......habislah sebiji murtabak kak rus bedal.....murtabak ni makan panas-panas memang sedap.

Murtabak....dari rumah MamaAtiq.......TQ
Intinya
1/2 kg kentang-potong dadu kecil
1/2 kg daging lembu @ ayam cincang.
7 ulas bwg merah,
5 ulas bwg putih,
sedikit halia muda-ditumbuk
4 sudu besar rempah kari daging -dibancuh dgn semangkuk air.
6 biji telur besar
2 biji bawang besar-potong dadu kecil
sepokok daun sup-dihiris
sepokok daun bawang

Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi,masukkan bancuhan rempah kari, goreng hingga pecah minyak. masukkan daging sedikit air.bila daging, kemudaian masukan kentang biar hingga kentang empuk, bila dan kering sejukkan. campurkan telur,bawang besar cincang, daun sup, daun bawang sebatikan

Untuk doh tepung atau anda boleh guna kulit popia

550 gm tepung gandum
250 gm air
1 egg-50gm
3 tbsp susu pekat
1 tsp garam
1 tbsp minyak sapi
1-2 tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
Satukan semua bahan, sebatikan
Uli hingga jadi doh
Rehatkan doh selama 10min
Uli lagi selama 5min
Bentuk bulat2 sapu minyak sapi rehatkan lg selama 3jam atau lebih
Tebar utk dibentuk bersama inti.
Masak atas kuali leper
Hidangkan dengan dalca atau acar bawang

Sumber: Kak Besah @ Myresepi ~ terima kasih banyak2


Semalam disebabkan ada lebihan kari daging korban.....kak rus pekena pulut kuning lagi.......lagi terangkat...kak rus buat omellet telur style Korea.....tapi hairan kuning telur kali ni tak berapa kuning ....nampak pucat saja....tapi rasanya ada.......Tapau satu bagi kepada Kak Nab ,satu kepada Cikgu Asma Laidin dan satu kat Datin.....semasa pi ngaji kitab.






Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net