Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Dec-2011 09:00 Email | Share | Bookmark
Dah Masuk Bulan Disember........

Bulan Disember dah menyusul tiba......maknanya tahun 2012 akan menjelang tak lama lagi.Tahun baru Hijrah 1433 dah beberapa hari berlalu....dan ustaz pun sudah berpesan agar berpuasa sunat 2 hari pada 9 dan 10 Muharram......terima kasih ustaz kerana pesanan tersebut.
Semalam kepingin benar kak rus nak buat dadih....jadi tanpa teragak-agak kak rus pun mencubanya.Sebelum mencuba kak rus search dulu resepi dadih di internet walaupun dah ada resepi yang Mak Tuan Syarifah Asma bagi.Sedap sungguh dadih mak tuan....lemak,manis dan lembut sangat.Tetapi kerana ragu-ragu tentang kuantiti agar-agar,kak rus ubah suai sahaja resepi yang diberinya.Kak rus namakannya Dadih Omega kerana menggunakan susu tepung Omega.....sebab itu sahaja susu tepung yang ada yang kak rus minum sekarang.Rasanya susu tepung apa pun boleh diguna....malas nak pi cari susu pula jadi guna sahaja susu yang ada kat rumah....heheheheeeeee.......
Catatan:Selama ni kak rus perasan dadih yang paling sedap di SP yang pernah dimakan ialah dadih yang dibeli dari Restoran Nasi Kandar Hussain......hai sedap sungguh.

Resepi yang kak rus ubah suai

10 gm agar-agar bertali (gunting agar-agar 1/3 daripada beratnya 30 gm)-direndam.
6 cwn air-cwn biasa guna utk minum teh
3 helai daun pandan

2 cwn susu tepung (kak rus guna susu Omega)
1 cwn susu pekat
5 cwn air suam
gula ikut kemanisan
sedikit garam
11 bekas gelas plastik.

Rebus agar-agar yang direndam dengan 6 cwn air bersama daun pandan hingga larut.
Bancuh pula susu tepung dan susu pekat dengan 5 cwn air suam dan tuang ke dalam agar-agar tadi dan dimasak lagi.....rasa kemanisannya sekiranya nak manis masukkan lagi sedikit gula dan juga garam.Bila nampak mendidih tutup api dan biarkan sejuk sebentar baru ditapis dan dituang ke dalam bekas plastik.Biar beku baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Ini resepi yang Kak Nab bagi...lebih lembut dan sedap rasanya

1 genggam agar-agar direndam
2 cwn air
2 helai daun pandan
Direbus hingga agar-agar hancur

1 cwn susu tepung
1/2 cwn susu pekat
4 cwn air
Dibancuh sebati dan dituangkan ke dalam agar-agar yang direbus tadi...kacau sebati tapis masuk dalam bekas dan bekukan,baru sejukkan dalam peti ais...TQ..Kak Nab.



Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua

Catatan:Kilang pinggan Mikasa di Kulim buat sales lagi....hehehehee 2 - 5 Disember


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net