Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Dec-2011 08:00 Email | Share | Bookmark
Rendang Siam Pula......

Terjumpa resepi ini semasa menyimpan buku-buku lama.....huhuhuuuuu......bila dicuba sedap juga rasanya.Kak rus hidangkan dengan nasi putih sahaja......kalau dibuat cicahan dengan ketupat atau lemang lagi sedap dan terangkat rasanya.Resepi daripada buletin masakan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Muda/Yan tahun eeeehhh........tak dak pula tahunnya.....tapi tahun 80-anlah...



Resepinya
1/2 ekor ayam....kak rus guna 1/2 kg daging lembu.....daging korban.
10 tangkai cili kering digunting dan direndam air panas*
6 ulas bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 inci lengkuas*
sedikit halia*
sedikit kunyit hidup*
1 sudu besar kerisik
3 cwn pati santan
1 keping asam keping
2-3 helai daun limau purut
3 tangkai daun kesum
10 tangkai cili api
minyak secukupnya
garam dan gula ikut rasa
Blend bahan yang bertanda *.Pijarkan minyak dan tumis bahan tersebut hingga naik minyak.
Masukkan ayam/daging,santan,daun limau purut,daun kesum,kerisik,gula dan garam.
Bila kelihatan pekat,masukkan asam keping dan cili api.
Boleh dihidangkan.




Assalamualaikum .....dan Terima Kasih Semua......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net