Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Dec-2011 18:34 Email | Share | Bookmark
Tak Jemu Dengan Mee Kari.

Kak rus buat Mee Kari lagi.....memang tak akan jemu makan Mee kari.Kali ini kak rus hidangkan mee ini dengan sambal tumis kerang.....alahai berbaloi-baloi.Kalau tengok resepi macam-macam cara orang memasaknya.....tapi yang penting mesti guna rempah kari daging.Untuk lebih berperisa kak rus ikut tip daripada Ustazah Habsah....Pengetua SMKB,SP iaitu memasukkan secawan ikan bilis yang ditumbuk halus atau senang blendkan saja isi ikan bilis dengan sedikit air.



Bahan-bahan:
Kuahnya:-
1/2 ekor ayam ~ (kali ni tak guna ayam)
1 mangkuk udang (ambil kepala dan kulit-direbus,diblend dan tapis ambil airnya)
1 biji bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 inci halia ~ diblend
1/2 inci lengkuas ~ diblend
1 biji kunyit hidup ~ diblend
3 batang serai diketuk
Rempah 4 sekwn ~ 1 btg kayu manis,1 kuntum bunga lawang,2 biji pelaga & 3 biji bunga cengkih
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
Santan ~ secukupnya
Air
Minyak untuk menumis
Garam dan kiub ayam secukupnya
1 cwn isi ikan bilis ~ diblend dengan sedikit air
3-4 keping asam gelugor
10 biji Tauhu pok dibelah dua
10 biji fish balls
2 keping fish kek dipotong nipis (kak rus tak guna pun)


1 kg mee kuning dicelur sebentar
Tauhu dipotong dan digoreng
Kacang panjang dicelur
Telur rebus
Secukupnya crab sticks
Daun bawang ~ hiris
Daun sup ~ dihiris
Cili merah ~ hiris
Bawang goreng
Limau kasturi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 sekwn sebentar. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan pula rempah kari serai dan masak sehingga terbit minyak. hancur . Masukkan pula ayam dan masak sehingga kecut.
3. Masukkan air dan air rebusan kepala dan kulit udang biarkan ayam masak sehingga lembut.
4. Kemudian, tuangkan santan dan tambahlah garam dan kiub perasa ayam. Masukkan asam keping .
5. Bila mendidih, masukkan udang,tauhu pok,fish balls,fishcake dan isi ikan bilis yang diblend tadi, masak sebentar. Kemudian bolehlah matikan api.
6. Menyediakan mee kari ~ Letak mee yg secukupnya ke dalam mangkuk, tuang kuah dan letaklah bahan2 sampingan.


Kali ini kak rus hidangkan dengan sambal tumis kerang.....selalunya kak rus masukkan saja kerang tu ke dalam kuahnya.Memandangkan suami kak rus alergi dengan kerang terpaksalah kak rus hidangkan berasingan.....lagi best tapi jangan masukkan banyak sangat gula dalam sambal tumis tuuuu....satgi kuah mee jadi manis pula.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net