Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Dec-2011 16:02 Email | Share | Bookmark
Baru Balik Dari Kulai

Terasa amat letih sekali ........selepas tiba dari Kulai....terasa badan terkulai...heheheeee. Itupun bukan kak rus yang memandu....kalau kak rus yang memandu alamat tak bangunlah jawabnya.....kesian suami kak rus....uhuhuhuuuu....terlepuk keletihan.
Hari ini selepas selesai urusan di hospital,kak rus ke rumah Kak Nab.Sebelum balik kak rus kutip daun kaduk yang bercambah banyak depan rumah Kak Nab.....balik terus buat kerabu daun kaduk.....aiiiiiii.....sedapnya.



Sebelum ke Kulai kak rus buat kek ni dulu.....teringat bulan sudah kak rus ke Isetan di KLCC.......semasa di bakeri ternampak kek ni dan belilah 2 biji.....sedap rupanya kek ni.Balik terus cari resepi dan terjumpa di rumah Hasue....TQ Hasue.



Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.




Assalamualaikum...dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net