Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Jan-2012 13:20 Email | Share | Bookmark
Dah Dua Hari Rupanya.....

Tahun 2012 sudah berlepas hari kedua hari ini....Kak rus ambil kesempatan walaupun dah lambat ni,nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012....semoga tahun ini kita semua akan lebih ceria,dimurahkan rezeki,sihat sentiasa dan hidup dalam keadaan aman damai.Banyak ramalan mengatakan tahun ini hari kiamat akan menjelang...oooohh alahai.Sebenarnya Hari Kiamat adalah ketentuan daripada Allah semata...tiada siapa boleh meramalkannya....Hari Kiamat pasti akan tiba....bila?Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya walaupun tanda-tanda hari kiamat tersebut sudah lama muncul di depan mata.Beristigfarlah selalu....sebab:


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang membaca 'astaghfirullahal ‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih', nescaya diampuni dosanya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang". (HR At Tirmizi)

Masak apa minggu ini....sebenarnya dua,tiga hari di tahun 2012 ni kak rus rasa tak berapa sihat sangat.Lenguh tengkok,bahu,belikat kanan juga tangan kanan yang dah lama dirasai makin bertambah lenguh.Walaupun berkeadaan begini aktiviti masak dan makan pasti kena diteruskan....huhuhuhu....

Semalam kak rus buat kerabu ini haaaa.....Kerabu Daun Selom Ikan Pekasam...alahai sedap sungguh.Ambil resepi dari blog Majalah Rasa.Daun selom kak rus tak beli pun,anak kak rus bawa balik dari pejabatnya.Katanya daun tu pemberian kawan sepejabatnya.......3 atau 4 minggu sekali dia akan bawa balik daun selom....terima kasihlah kepada tuan yang empunya daun selom.


Nak buatnya senang sangat.....guna bahan-bahan yang dah tersedia
Daun selom dicuci bersih dan dihiris halus-halus
Sambal belacan secukupnya
Ikan pekasam goreng secukupnya disiat isinya selepas digoreng
Bawang besar dihiris nipis
Sedikit gula,garam dan perahan limau kasturi.
Semua bahan digaul mesra....rasa asam garamnya....tapi ingat ,jangan terlebih garam pula.........Kak Nab dah cuba resepi ini,katanya kalau ditambah serai yang dihiris nipis akan bertambah lagi kesedapannya.


Ini pula kuih yang kak rus buat minggu sudah......bila buat kuih ni teringat masa kak rus di tingkatan 2 dulu.....kuih inilah yang Cikgu Zainab ngajar membuatnya...Abok-abok Sagu.Kak rus satu kumpulan dengan kawan baik kak rus .....Rosna bt Osman....orang Kota Kuala Muda....apa khabar agaknya Rosna sekarang....lama betul tak jumpa.



Resepinya....ambil resepi dari buku masak KBSM-Robaayah Hj. Abdul Wahab dan Susan Manikam
125 gm sagu dibasuh dan direndam sebentar(kak rus guna sagu bewarna hijau dan merah,beli siap kat pasaraya)
1/4 keping gula melaka diracik
30 gm gula pasir
3-4 camb kelapa parut yang putih
sedikit garam
2-3 camb besar air pandan dan pewarna hijau untuk sagu hijau
sedikit pewarna merah untuk adunan yang merah
8 helai daun pisang 10 x 23 cm (4 x 9 inci)

1.Sediakan pengukus
2.Sediakan daun pisang,layurkan di api,lap dan gunting ikut saiz
3.Toskan sagu,campurkan kelapa,garam,air pandan ke dalam sagu yang bewarna hijau.
4.Begitu juga dengan sagu yang bewarna merah,campurkan kelapa dan sedikit garam.
5.Masukkan sagu bewarna hijau ke dalam kon kelongsong daun pisang di bahagian bawah,kemudian masukkan inti campuran gula melaka dan gula putih.
6.Bubuh pula sagu yang bewarna merah di atasnya....tekan sikit dan lipat bahagian ke dua-dua belah kelongsong yang bertentangan.Kemudian kedua-dua belah lagi di atas lipatan pertama supaya tapaknya kuat.
7.Susun ke dalam pengukus dan kukuslah selama 20 minit.
8 Biarkan sejuk dahulu baru dihidang
.

Ini Bihun Lada buat pagi tadi......sedap sangat....





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net