Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Jan-2012 21:15 Email | Share | Bookmark
Lama Juga Tak Ke Pasar

Hampir 2 minggu kak rus tak ke pasar.....alahai awatlah malas sangat nak keluar ke pasar.
Sejak Hari krismas hingga hari ini tak ke pasar.Yang ada cuma bahan-bahan kering dan telur sahaja....huhuhuhuuu.......Jadi inilah yang kak rus masak.....Sambal Kering Ikan Bilis....sebenarnya sambal ini digandingkan dengan tempe,tapi tempe pula tiada kak rus gandingkan dengan ubi kentang
yang dah pun naik tunas....heheheheeee....hentamlah asal boleh masuk tekak....tapi insyaallah....boleh tahan juga bila kak rus hidangkan denga omelet telur buat style Korea.Kak rus ingat masa pi Korea tahun sudah....omelet ini disediakan dengan cantik dan kemas sekali.Tak jadi kemas dan cantik pula yang kak rus buat,tak semacam yang kak rus pernah makan hari tuuu...




Bahan-bahannya:
Tempe secukupnya (kak rus ganti dengan ubi kentang dipotong mcm wedges)
Ikan bilis digoreng
Kacang tanah digoreng

Bahan kisar:
Bawang putih sedikit
Bawang merah /bawang besar
Cili kering.
Sedikit halia

Bahan lain
garam, gula,air asam jawa,perasa ayam dan sedikit minyak masak

Tempe/ubi kentang digoreng terlebih dahulu.
Tumis bahan kisar hingga naik minyak,masukkan garam,gula ,air asam jawa dan perasa ayam.Masak hingga pekat kemudian masukkan Tempe/ubi kentang goreng,ikan bilis dan kacang.Gaul sebati dan boleh dihidangkan.


Ini Dadar Telur style Korea......adun telur macam biasa,dadarkan dan sebelum bahagian atasnya masak gulung dadar tersebut,kemudian bila sejuk potongkan.Jangan dadarkan tebal dan jangan pula terlalu nipis.



Kak rus bakar bengkang ni semalam untuk dibawa ke tempat ngaji kitab pagi tadi .........Bengkang Nyamai dari rumah Mama Atiq...terima kasih Mama Atiq.



Bahan-bahan

A)
1 cawan gula perang
1 1/2 cawan air
2 tbsp mentega
panaskan gula hingga cair dan berwarna coklat
tambah kan air biar larut dan masukkan butter dan ketepikan

B)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu cair
6 biji telor
2 tbsp esen vanilla
2 tbsp susu pekat (kak rus tambah)
Peraturannya

Tak payah susah2 masukkan A) dan B) dalam blender ~ kisar hingga sebati dan bakar dalam acuan yang disapu terlebih dulu dgn mentega




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net