Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Jan-2012 14:16 Email | Share | Bookmark
Semuanya Daripada Pisang

Ini semua masakan minggu sudah.Semuanya berasaskan pisang.....memang pisang hari-hari ada kat rumah kak rus.Ada pisang yang dibeli ada pisang pokok sendiri yang suami kak rus baru tebang pokoknya.
Pisang beli pisang emas....ada lebih siapa tak sudi nak ambil pasal dah ranum...jadi kak rus buat lepat ini....lepat pisang campur pulut.Resepinya daripada Datin....katanya daripada bibiknya yang berasal dari Palembang.Bila dicuba nampak satu kelainan dan bolehlah....sedap juga.



Resepi secara lisan daripada Datin....Terima Kasih Datin Bariah

1/2 cwn beras pulut direndan semalaman
6 biji pisang emas
1 cwn kelapa parut putih
gula secukupnya
sedikit garam
sedikit vanilla
daun pisang secukupnya
Pisang dilenyek bersama gula dan garam hingga hancur kemudian masukkan pulut yang sudah ditos,kelapa parut dan sedikit vanilla.Gaul sebati kemudian sudukan ke dalam daun pi
sang kemudian balut.Setelah selesai dibalut kukus 20 minit dengan api sederhana.

Ini pula pisang nipah goreng.....masak cepat pula pisang ni selepas 3 hari ditebang.Sebelum ni pisang ni lambat betul masak.....berhari-hari diperam tak masak-masak.....alhamdulillah.Ada lagi 2 pokok yang berbuah lebat....rezeki tahun 2012 melimpah-limpah.....syukur,syukur....alhamdulillah.



Kak rus goreng pisang ni dengan Tepung Suri yang dicampur sedikit tepung beras dan secubit garam.Mmmmmmmm sedap makan panas-panas dengan secawan teh.

Ini pula pisang rebus....teringin nak makan bila adik kak rus dari KL,pulang ke Kelantan ke rumah bapa mentuanya.Bila balik ke KL dia singgah ke rumah kak rus dari Kelantan.Bila dia tengok pisang masih tak ditebang,dia kata makan pisang rebus sedap.....mak mentuanya jamu makan pisang rebus.Bila kak rus dengar kak rus pun teringin juga nak rasa....kak rus hidangkan pisang rebus tu dengan nyiur parut yang digaul sedikit gula....memang sedap.Kak rus rebuskan pisang tu dengan tambah sedikit garam dalam air rebusannya......







Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net