Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Jan-2012 08:46 Email | Share | Bookmark
Serunding Ikan Kembung Sahaja

 
Suami kak rus membeli ikan kembung begitu banyak.....alahai apa nak buat ni...?Laksa dah macam-macam laksa dicuba,goreng pun dah macam tak selera nak tengok.Kalau ikan tu besar-besar boleh juga kak rus goreng belah belakang bubuh sambal macam kat Restoran Kak Pah dekat Jitra yang kak rus pernah pi hari tu....sampai 2 ekor kak rus bedal,sedap sangat......Kena pi lagi sebab lauk-pauknya sedap-sedap belaka.
Fikir punya fikir kak rus tergerak hati nak buat serunding ikan yang tak pernah pun kak rus buat kecuali serunding daging.Tiap-tiap tahun selalunya macam mana sibuk pun mesti kak rus buat Serunding Daging Kelantan yang ada jintan putih dan biji ketumbar tu...sedap sangat.
Bila siap buat....alahai memang sedap tapi nampak tak macam rupa yang dalam gambar,mungkin yang dalam gambar tu nampak cantik tekstur serundingnya pasal guna ikan parang.Tak palah lain kali kak rus akan cuba buat serunding ikan guna ikan parang pula.



Resepinya ambil dari majalah Wanita tahun 80an
1 ekor ikan parang (kak rus guna 1kg ikan kembung)
1/2 kg santan pekat
16 tangkai cili kering digunting,basuh dan rendam air panas*
3 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 ruas ibu jari halia*
1 ruas ibu jari kunyit hidup*
1 ruas ibu jari lengkuas*
5 batang serai dihiris*
secukupnya garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk tumisan
1 keping asam gelugur
1 kiub perasa ikan bilis
1.Ikan direbus,disejukkan ,disiat-siatkan isinya dan dibuang tulang.
2.Air rebusan ikan digunakan untuk mengisar bahan-bahan bertanda* hingga halus.
3.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik minyak lalu masukkan isi ikan,santan,garam,asam keping,kiub ikan bilis,gula dan garam.
4.Kacaulah bahan ini sehingga kering menjadi serunding....tapi jaga jangan sampai hangit.



Semalam selepas nonton Pure Pumpkin Flower,kak rus rendamkan 6 cawan beras pulut untuk dikukus pagi esok dan boleh bawa pi ngaji kitab.Alhamdulillah tertunailah hajat di hati kak rus untuk bawa pulut lemak dengan serunding ikan.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net