Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 12-Feb-2012 13:30 Email | Share | Bookmark
Alahai....Terlebih Garing Pula

Kak rus tergoda dengan resepi Ayam Goreng Serdak dari rumah Madiha dan apa lagi terus mencuba untuk lunch hari ini....alahai....tergaring dan kelihatan gelap.Kak rus pernah makan ayam goreng ni semasa kak rus ke Bandung....ayamnya digoreng cantik keemasan.Apapun kak rus ucapkan terima kasih banyak kepada Madiha kerana dah dapat resepinya .Bila balik dari Bandung hari tu terasa ingin mencubanya tapi resepi pula tiada.Sekali lagi kak rus ucapkan terima kasih kepada Madiha.



Copy and paste dari Dapur Madiha....Terima kasih banyak-banyak Madiha.Nak masuk kotak komen di rumah Madiha tak boleh.....elok tulis satu perkataan kotaknya hilang..huhuhuuuuu.......

Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
½ sudu kecil aji (optional)
Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus


Bahan kisar kering (guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik.. kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai (ini adalah untuk dapatkan serdak yg panjang2)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji

Cara2 menyediakan.
1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos. (kulit ayam memang ku buang tiap kali memasak.. terpulang anda nak buat atau tak).

2. Bahan2 kisar di atas.. dikisar menggunakan food processor atau blender kering. Kalau guna blender kering, blend sikit2 ye sebab kalau masuk semua takut tak muat. Cara nak kisar tu.. tekan on & off dengan kadar yg sekejap je. Jangan biarkan on lama sangat baru nak off sebab kadang2 bahan2 dalam tu tak dapat turun & berputar sangat. So bila kita off tu.. sekali sekala kita keluarkan dari 'ibu blender' tu.. dan kita goncang2kan isi dalamnya (nak kena wat demo ni baru org faham.. hehe) supaya bahan2 dalam tu bercampur & dpt berpusing & hancur dengan elok. So lakukan beberapa kali macam tu ye. Kadang2 MaDiHaA buka dulu blender tu dan keluarkan bahan yang dah lumat bahagian bawah gunakan sudu & sambung kisar lagi baki yang belum lumat kat bahagian atas tu.
Alternatif lain kalau tak pandai nak guna pengisar kering untuk blend bawang.. boleh juga guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai.

3. Perapkan ayam & semua bahan2 kisar & bahan2 perasa & gaul sebati. Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.

4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali.

5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. (Yang dalam gambar tu hanya sebahagian je serdaknya.. ada lagi dalam mangkuk kecik lain.. hehe..)

6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan. Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain. Memang besttt!



Ini gambar Ayam Goreng Serdak yang kak rus makan kat Bandung hari tu.




Ini pula cendol yang kak rus buat semalam....teringin nak makan bila Kak Nab bagitau tentang kesedapan Cendol Durian.Memandangkan ada sedikit durian simpanan beku jadi kak rus perabiskan durian tu.Cendol pula tak berapa menarik warnanya sebab tak buat sendiri....kak rus beli kat Pasar Khamis sahaja...tetapi keinginan kak rus merasai Cendol Durian dah pun tercapai.Memang sedap rasa cendol tu....dan dah bertambah kenikmatan rasa cendol selain dari Cendol Pulut,Cendol Tapai Ubi dan Cendol Kacang Merah.Kak rus masukkan sedikit sagu merah yang dikacau hingga masak kemudian kak rus basuhkan sagu tu bagi lerai.Seeloknya guna gula Melaka baru cantik tapi kak rus pula guna gula merah....tu yang nampak tak berapa menarik .Apapun rasanya memang sedap.







Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net