Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 17-Feb-2012 21:30 Email | Share | Bookmark
Alahai.....Nak Tonton Drama Korea Tak Boleh....

 
Kecewa juga rasanya pasal kak rus tak boleh nak tonton drama Korea, When Tomorrow Comes di kala ini.....huhuhuhhhhuuuu.Suami kak rus dok depan tv dulu menonton perlawanan golf.Apa pun tak boleh buat jadi update entry walaupun sebenarnya banyak kerja lain dok menanti.
Tadi bila melilau-lilau terjumpa resepi mudah ini dari rumah Ummi....apa lagi terus godak tepung dengan bahannya dan....wow...sedaplah Ummi...Terima kasih banyak dengan idea menambahkan ubi kentang ke dalam adunan tersebut.Kak rus pekena cucur tu dengan air teh buah langkau.



CUCUR BAWANG KENTANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
(# adunan kali ni mmg dibancuh lembik untuk mendapatkan cucur yang garing di luar, lembut di dalamnya, sila gunakan sudu semasa menggoreng)

* 1 biji kentang sederhana besar - kupas dan dadu kecil-kecil
* 1 labu bawang besar - didadu
* 2 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
* 3 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 2 sudu besar gula pasir
* garam secukup rasa
* air untuk bancuhan (anggaran 2 - 2 1/2 cawan - biar agak lembik)
* minyak secukupnya untuk goreng terendam

Cara Membuat:-

1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan soda hingga rata.
2. Masukkan air sedikit-sedikit dan adun hingga adunan lembik (bila disudukan dan dijatuhkan dari sudu agak lambat turunnya).
3. Masukkan kentang dan bawang, adun rata dan biarkan sebentar (lebihkurang 5 minit).
4. Sudukan ke dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana. Balik-balikkan cucur selalu untuk mendapatkan cucur yang garing dan enak. Bila telah kuning keemasan, bolehlah diangkat. Makan ketika panas bersama sos cili + mayonis, atau dimakan begitu sahaja). Selamat Mencuba..




Assalamualaikum...dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net