Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 19-Feb-2012 18:18 Email | Share | Bookmark
Alahai....Terlebih Masak Pula

 
 
Bila amati resepi nak buat Tat Telur terasa amat leceh sekali tapi bila tengok penyediaannya di Youtube senang pula rasanya.Kak rus pun dengan semangat berkobar-kobar terus mencubanya selepas menggoreng nasi untuk breakfast ....memang mudah pun.Huhuhuhu......bila dimasukkan ke dalam oven terlupa pula kak rus nak set timenya....jadi apa lagi terlebih masaklah jawabnya....huhuhu.....semua perut masuk angin.....kembung-kembung semuanya dan kulitnya terasa garing tidak gebu.Kesimpulannya....lain kali kena buat lain dengan lebih berhati-hati.





Resepi dari rumah Zura....Terima kasih Zura.

EGG TART

Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur ~ zura guna sebiji telur aje (malas nk bahagi-bahagi)
1 biji telur merah ~
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan, cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.

Bahan Kastard telur
280 gm susu segar
160 gm gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.

Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan

Semalam kak rus buat Kurma Daging digandingkan dengan Kerabu Tomato.Bila menjelang petang,Nahariah sibibik Mak Tuan datang bawa Laksa Penang....banyaknya laksa.....Terima kasih banyak-banyaklah Mak Tuan Sharifah Asma.....Jadi dinnernya makan laksalah jawabnya......nasi pun berlebih dan kurma pun tak habis....hehehee.
Pagi tadi kak rus goreng sahaja nasi tu untuk dijadikan breakfast....makan dengan Kurma Daging.


Resepi dari My Resepi-Hana....Terima kasih ...sedapnyaaaa......
Bahan-bahan ( 3-4 org )

* 2-4 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
* segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
* 1/2 biji bwg besar - dihiris
* 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
* 1 btg serai - dihiris
* 1 tangkai daun ketumbar (kak rus tambah)
* garam
* gula
* jus lemon - optional
* pak aji - klu suka

Cara-cara

1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net