Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 23-Feb-2012 15:00 Email | Share | Bookmark
Lama Tak Buat Kari Kepala Ikan

Kak rus baru balik dari KL....mana lagi kalau tak ke HKL...huhuhuhuuuu.Sebelum ke HKL,suami kak rus bawa jalan-jalan ke Bangsar dan ke Ampang.Suami kak rus ke Kedai Tokyo membeli kayu golf terpakai berdepan dengan Tesco Extra Ampang.Bila berjalan menuju ke KK Studio ternampak Restoran Asam Pedas milik Linda Oon....alahai teringin juga nak mencuba.Bila sembang-sembang dengan jurujual di KK tu dia sarankan kak rus mencuba lunch kat Restoran Santai.....sedap katanya.Apalagi....kak rus terus bagi tahu suami kak rus dan dia pun setuju.
Restoran Santai tu terletak di dalam Tesco tersebut.......mmmmmm memang sedap,amat berpuas hati....tapi sesak sungguh sebab sempit sikit kawasannya.Apapun sajian yang kami minta dari menu yang disediakan memang sedap....berbaloi-baloi.

Di hari ketiga sebelum balik kami lunch pula kat Food Court Maju Junction di tingkat tiga.Kak rus ke Restoran Utara......sedap juga ya.....lain kali tak perlu susah-susah nak cari tempat makan.
Food court tu baru saja dibuka....senang sikit sebab selalunya kalau kak rus ke KL mesti menginap kat hotel bajet Selesa Inn Hotel, 285 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50010 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan,,berdepan dengan Maju Junction.No. telefonnya 03-2694 4901,

Alahai celoteh panjang pula kak rus ni.....dan kak rus tambah sikit lagi....Food Court tu bersih dan selesa sungguh tak macam Food Court kat Sogo yang sungguh sesak.

Hari ni buat Kari Kepala Ikan....ikan apa ya.....kak rus pun tak kenal kepala ikan tu.Bila kak rus tanya kat suami kak rus (sebab dia yang beli)....dia kata kepala ikan nyok-nyok.
Eeeeh....kak rus kenal kepala ikan nyok-nyok....tapi hentam lah kepala ikan apa pun...



KARI KEPALA IKAN

Bahan-Bahan:
1 biji kepala ikan dibersihkan dan rendam air asam dan garam
3 sb serbuk kari ikan*
1 sb serbuk cili*
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 hiris halia*
1 jari kelingking kunyit hidup*
1 sk biji ketumbar*
1 sk biji jintan putih*
7 biji kacang bendi
3 biji cili hijau /cili merah
7 biji cili api
2 biji tomato
1 tangkai daun bawang
1 cawan air asam jawa-ikut citarasa kepekatan kari
1 cawan santan pekat
garam
4-5 sb minyak masak


Bahan tumis
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb biji halba campur
2 tangkai daun kari


Cara:
1. Blend semua bahan yang bertanda *
2. Pijarkan minyak dan masukkan bahan tumis,biar agak garing dan harum baunya.
3. Masukkan bahan rempah yang diblend dan biar hingga naik minyak.
4.Masukkan kacang bendi,air asam dan santan...bila mendidih baru masukkan kepala ikan,garam,cili dan tomato.Akhir sekali masukkan daun bawang dan renehkan dengan api perlahan supaya naik minyaknya.
5.Bolehlah dihidangkan

Kalau pi kedai mamak nasi kandar pasti lagi sedap rasanya pasal yang kak rus tahu depa bubuh serbuk kas-kas.


Sebelum ke KL,kak rus buat lagi Acar Jeruk Buah.......jeruknya pelbagai jeruk kak rus beli kat Pasar Chowrasta di Penang.........1 kg campur-campur berharga RM 8.00..
....hmmmm macam-macam ada dan yang kak rus gemari jeruk ubi sengkuang...rangup krup,krap,kruk.....lain kali kalau pi kena minta jeruk sengkuang banyak-banyak.



Bahan-Bahan:
Bahan A :
1 mangkuk halwa buah-buah dicampur kesemuanya antaranya buah prune,buah pala,halwa limau kasturi,kismis hitam dan kuning,buah plum merah,buah kurma,buah ara,buah apricot dan apa-apa sahaja halwa yang boleh digunakan yang boleh didapati dalam bungkusan di supermarket.

Bahan B
15 tangkal cili kering digunting dan direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia dan kunyit hidup
Kesemua bahan B dimesin dengan sedikit air dan sedikit minyak.
2 sudu besar serbuk kari daging disangai terlebih dahulu
Kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkeh

Bahan C
1 1/2 cawan cuka dicampur dgn 1 cwn air panas
1/2 cwn gula (ikut rasa.....buah-buah halwa dah manis)
sedikit garam
2 cwn minyak Kak rus guna minyak zaitun-- (tidak membeku bila acar disimpan dalam petisejuk)
sedikit biji sawi
secukupnya bijan yang dah disangai

Cara:
1. Tumis biji sawi ,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkeh kemudian masukkan bahan yang dimesin dan rempah kari daging hingga betul-betul garing dan naik minyaknya.
2. Masukkan campuran cuka, gula dan garam dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit.
3. Masukkan campuran buah-buah halwa dan biarkan mendidih sekali lagi dan menjadi pekat.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net