Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Mar-2012 10:42 Email | Share | Bookmark
Lama Juga Tak Update.....

Lama juga kak rus tak masuk ke rumah sendiri.....alahai dah berserawang dah.Rasa malas pula nak update entry dengan penyakit yang ada....sabar dan sabar....berpegang pada prinsip dan kepercayaan....Semua Penyakit Ada Ubatnya Kecuali Mati.
Sebelum ke rumah Ustaz Yassin kerana kenduri kahwin cucunya di Merbok tadi,kak rus buat ini....Puff Gulung.Kak rus beli dah lama pastry puff....hahaha......dah sampai nak luput dah tarikhnya dok membeku dalam freezer.Inti karinya kak rus buat minggu sudah pun membeku dalam freezer......apa lagi ditunggu.Masukkan inti dalam pastri.gulung kemudian potong.Aturkan dalam dulang pembakar,sapukan egg wash dan bakar.....haah siap boleh dihidangkan.



Yang ini pula juadah breakfast semalam...Kuih Kosui Pandan.....sedap bangat kalau dihidangkan lama-lama sekali.



Resepi dari rumah Madiha....Terima kasih banyak-banyak Madiha.Kak rus buat terlembek sikit pasal guna cawan metrik....alahai tapi memang kuih kegemaran kak rus.

Kosui Pandan
(loyang 9 inci)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan A
1 1/3 cawan gula pasir (kalau suka lebih manis boleh tambah ikut citarasa sendiri)
1 cawan + 1 sudu besar tepong gandum
1 cawan tepong ubi (kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan tadi)
½ cawan tepong beras

Bahan B
300 ml jus daun pandan (350 ml air dikisar bersama 12 helai daun pandan & sukat 300 ml jus pandan)
600 ml air biasa
2 sudu kecil air kapur

Bahan C
Kelapa parut putih secukupnya (guna kelapa parut berkulit basah)
Garam secukupnya

Cara Menyediakan
1. Panaskan periuk kukusan dengan air yang secukupnya.
2. Dalam satu bekas/besin yang sesuai.. campurkan kesemua bahan2 A. Gaul rata.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sikit demi sikit sambil dibancuh/ dikacau rata. Gunakan whisker lebih memudahkan. Kacau sehingga gula larut.
4. Apabila air kukusan sudah mendidih. Tapiskan bancuhan ke dalam loyang bersaiz 9". (Jangan tapiskan awal2 bancuhan ini ke dalam loyang kerana ia akan sedikit termendap jika berbuat demikian & ini akan membuatkan tekstur kuih keras di bawah & lembut dibahagian atas) Tutup loyang dengan aluminum foil supaya wap tak jatuh atas kuih. Kukus kuih selama 35 ~ 40 minit atau hingga kuih masak. Jika tiada aluminium foil.. balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya wap tak jatuh atas kuih. Jika masih terdapat wap / air di atas permukaan kuih selepas kuih masak.. boleh serapkan air tersebut perlahan2 dengan kitchen towel (tisu dapur) & buangkan tisu tersebut.
5. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong. Hidang bersama dengan kelapa parut yang digaul kelapa.


Nota MaDiHaA: cawan yang MaDiHaA gunakan untuk menyukat bahan ialah cawan dapur aje ye.. bukan cawan metrik tu.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net