Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-Mar-2012 01:30 Email | Share | Bookmark
Perabis Serbuk Roti.....

 
Kak rus terjumpa serbuk roti.....alahai sampai 2 peket.Nasib baik cuma peket kecil sahaja.Rasanya ini stok hari raya yang lepas sebab teringin sangat nak buat biskut apa tu yang dicelup cokelat dan digolek dengan serbuk roti.Alahai.....bila laaa nak buat biskut tu.Syukur....tarikh luputnya lambat lagi.
Bila terjumpa resepi ini sebelum kak rus buat nasi ayam, terus menggodak adunan yang bahannya semua ada belaka.Kalau ikut resepi puding ini dihidangkan dengan air gula merah yang dimasak pekat dengan daun pandan tapi kak rus guna sirap maple.Sirap maple ni pun dah lama tak sentuh sebab rasanya memang manis.Kak rus beli sos maple ni dekat Cold Storage....bila terjumpa terus ambil sebab memang susah nak dapat sirap maple sekarang.



Resepinya kak rus ambil dari Dapur Nestle
Bahan A
1/3 cawan sagu
1 cawan serbuk roti

Bahan B
1 cawan susu cair
1/2 cawan air
1/3 cawan kismis
1/3 cawan gula
1 biji telur dipukul dahulu
3 sudu besar mentega cair
1 sudu besar madu
1 sudu teh parutan kulit limau/lemon

Bahan C
Sirap gula merah/melaka

1. Rendam sagu........Masak air untuk kukusan......griskan acuan dengan minyak.

2. Tapis sagu dan campurkan dengan serbuk roti.

3. Perlahan-lahan masukkan campuran B dan kacau sebati.

4. Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15-20 minit

5.Bila sejuk....keluarkan dari acuan dan hidangkan dengan sirap gula merah/melaka.






Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net