Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Mar-2012 10:20 Email | Share | Bookmark
Buat Carrot Cake Jadi Cupcakes

 
 
Sudah beberapa kali kak rus membuat kek karot niiii.....tapi yang inilah yang sempat kak rus ambil gambarnya.Kak rus rasa dah ramai yang mencuba kek ini...resepinya lebih kurang sama saja di antara satu dengan yang lain.Kak rus mencuba resepi dari rumah Yatie....TQ.... Yatie,sedap sangat kek ni.Kak rus gunakan adunan sebiji kek tu menjadi beberapa biji cupcakes dan aisingkannya dengan frosting berkeju.Tak berapa kemas bunga aising tu, jari-jemari kak rus terketar-ketar memicitnya.....pasal sakit jari belum sembuh lagi walaupun dah berpuluh kali dok pi buat fisioterapi kat hospital.






Resepinya dari rumah Yatie
Bahan- Bahan

* 2 1/2 cwn tepung naik sendiri
* 1 1/2 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bicarbonate
* 1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
* Secubit garam halus
* 3 /4 cwn gula perang halus- Yatie guna 1 cwn
* 3/4 cwn (atau kurang) gula castor- Yatie guna 1/2 cwn je
* 4 biji telur
* 1 cwn minyak jagung/masak
* 100gm mentega, dicairkan = (1/2 cwn)
* 2 cawan lobak merah, diparut
* 1 cawan nanas dicincang (kak rus tambah-lain kali boh lebih lagi)
* 30gm hazelnut (kak rus guna 100gm walnut dicincang )

CREAM CHEESE TOPPING:

* 250gm cream cheese =1 peket
* 4 sudu besar butter
* 1/3 cwn gula icing, diayak
* 1 sudu kecil jus lemon

*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

Cara Membuat Kek

1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan kesemua bahan lain.
3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
7. Bila dah siap sapu cream cheese frosting atas permukaan kek, saya letakkan kek tadi ke dlm petisejuk selama 1 jam. Biar beku sedikit permukaan cream cheese tadi dan mudah utk memotongnya. Selamat Mencuba....


Ini pula Pais Ikan.....kak rus buat semalam untuk lunch....dihidangkan dengan Kari Ikan Bawal,Sayur Kangkung Belacan dan Ikan Goreng.Kak rus guna Ikan Bunga Air untuk buat pais tu sebab terjumpa ikan yang lama dicari tu kat Econsave Puterijaya.



Resipi Pais Ikan sekiranya ingin mencuba:

300-400gm ikan bunga air/bilis segar dibuang tulang
2 biji cili merah kalau nak pedas tambah cili api sikit
2 cawan kelapa parut
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 hiris halia
2 batang serai dihiris nipis
3 hiris kunyit hidup (serbuk kunyit pun tak pa)
1/2 sudu kecil jintan manis
garam dan gula
1 biji limau kasturi
5 helai daun kaduk muda dihiris halus
Daun pisang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Tumbuk cili,jintan,bawang-bawang , halia dan kunyit hingga halus kemudian masukkan serai dan tumbuk lagi.

2. Masukkan pula kelapa dan terus tumbuk....masukkan gula,garam dan jus limau.

3.Masukkan bahan-bahan ini ke dalam bekas dan masukkan isi ikan dan daun kaduk.Gaul sebati,masukkan ke dalam daun pisang dan dibakar.Kak rus bakar dlm pan sahaja...mmmmmm....sedapnya.....

Nota:Kalau tak larat tumbuk gunakan blender kering..... kak rus tumbuk aje.........





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net