Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-Mar-2012 03:30 Email | Share | Bookmark
Macam Nak Beli Semua......

 
 
Kak rus ke KL lagiiii.......kali ni tak menginap di Selesa Inn pasal hotel tak dak kosong jadi kak rus ke Prescott Inn cuma di belakang Selesa Inn.Kak rus ada temujanji rawatan dengan Dr. Hadi klinik orthopedik di HKL pada hari Khamis lalu.Lamanya menunggu dan menerima rawatan.....dari pukul 8.30 pagi hingga ke pukul 2.15 petang.Alahai.....apapun kak rus ucapkan terima kasih yang teramat kepada Dr. Hadi yang baik budi.
Selepas selesai rawatan,kak rus dan suami ke Setapak.Semasa pusing pi dan pusing mai di bandar Setapak ternampak bangunan Festival City Mall....tak palah kita berhenti cari makan dulu.Selepas selesai lunch apa lagi kak rus melilau kat dalam mall tersebut.Bila sampai ke tingkat atas ternampak sebuah kedai...rasanya kedai bunga kot...........Kedai Kaison Home Fashion.Alahai.....geramnya kak rus dengan barang-barang jualan di kedai tersebut.Kalau sebelum ini kak rus ada cerita tentang Kedai Romantika yang baru buka di SP....kak rus cuma beli satu benda saja tapi kat kedai ni rasanya macam nak beli ke semuanya.Hampir 2 jam kak rus di kedai tersebut....rasa macam tak nak keluar....tapi bila ternampak suami kak rus dok tunggu kat luar kedai, terpaksa cepat-cepatlah kak rus ke kaunter bayaran.Kalau tak nampak dia pasti lagi lama kak rus dok dalam kedai tu.Kak rus perasan semua harga barangan di kedai ini murah.....kena datang lagilah jawabnya.



Sebelum ke KL kak rus ke rumah Cikgu Sham di Taman Ria Jaya.Beliau menjemput kak rus, Datin Bariah,Kak Nab dan Cikgu Asma Laidin ke rumahnya untuk makan tengahari.....alahai Kak Sham sedapnya semua hidangan dan terima kasih banyak-banyak.Kak rus amat tergoda dengan keindahan hiasan rumah Kak Sham....hiasan cara English Cottage.....cantik sungguh.Tak dapat kak rus nak rakamkannya pasal tak bawa kamera......alahai sayang sungguh.
Sebagai buah tangan kak rus bawa ke rumah Kak Sham puding niiii.....Puding Caramel Pandan.Kak rus bawa dengan acuan-acuannya sekali........



Resepinya sekiranya ingin mencuba

1 cwn santan
1 cwn susu cair
4 biji telur A
2 sudu besar gula
1 sudu teh pandan emulco
2 sudu teh esen vanilla
secubit garam
4 helai daun pandan digunting 1 inci panjang
sedikit minyak jagung untuk griskan acuan
5 biji buah halwa ceri dibelah dua
secukupnya caramel (kak rus guna maple syrup)

Cara membuatnya
1. Panaskan ketuhar dan griskan acuan yang hendak diguna.Kak rus guna acuan muffin.
Tuangkan caramel ke dalam acuan dan letakkan 1/2 biji potongan buah ceri secara terbalik.

2. Campurkan telur,gula dan daun pandan lalu diramas supaya harum daun pandan meresap ke dalam campuran ini.

3. Campurkan santan,susu,vanilla,garam dan pandan emulco dan kacau sebati kemudian tapis adunan ke dalam jag penyukat.

4. Tuangkan adunan secara perlahan-lahan ke dalam acuan yang berisi caramel dan ceri kemudian dibakar selama 30 minit.Kak rus bakar secara Bain Marie.

5. Biarkan sejuk di dalam petiais lebih kurang 1 jam kemudian lenserkan tepi kuih dengan pisau dan telungkupkan masuk ke dalam bekas hidangan.




Assalamuallaikum.....dan TerimaKasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net