Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Apr-2012 03:50 Email | Share | Bookmark
Perabis Nangka Rebus

 
 
 
Semalam kak rus ke Pasar Senin dan belilah bukan main sakan lagi.....sebab lama betul kak rus tak ke situ.Di antara benda yang pantang kak rus tengok di Pasar Senin dan terus beli ialah nangka muda,rebung,ubi kayu,ikan pekasam,pucuk ubi dan aiii macam-macam lagi.
Balik terus buat gulai nangka muda dengan udang,sambal belacan,sayur manis daun asin-asin,pucuk ulam raja sebagai ulam dan goreng ikan tamban.Disebabkan penat sangat,terlupa nak ambil gambar hidangan tersebut.
Ada lebihan nangka muda rebus yang semalam punya.....kak rus simpan dalam petiais.Hari ini kak rus buat kerabu nangka campur dengan taugeh pucuk kacang,goreng ikan pekasam,kari ikan nyok-nyok.....haaaahhh dah tak payah sambal belacan dah.



Pagi tadi buat kuih ni.......Ondeh-ondeh inti kacang merah.......intinya tak dihaluskan macam paste tapi kasar-kasar macam inti kacang hijau untuk pau.Dulu pernah kak rus buat kuih ni ikut resepi guna tepung pulut sahaja......alahai habis muka kak rus melecur kena ledakan bomnya dari dalam kuali.Selain namanya kuih Onde-onde,padanlah orang selatan panggil kuih ni Kuih Bom.....meletup dan terburai isi perutnya.
Kak rus adunkan kulit kuih ini menggunakan ubi keledek ,tepung beras pulut dan sedikit serbuk santan.....kak rus tak sukat pun pakai uli ikut dan saja....nasib baik jadi lembut elok dan sedap rasanya.Lain Kali kalau nak makan Onde-onde kena buat macam nilah.
Sebagai peringatan sebelum menggolekkannya ke dalam bijan elok basahkan tangan dahulu dan kepal-kepalkan bebola onde-onde tu......Barulah bijan lekat dengan elok walaupun nanti bila digoreng ada juga bijan yang tertanggal.Kak rus pernah buat dulu....ikut resepi dari rumah Noor.



Resepinya daripada Puan Agnes Chang
300 gm keledek dikukus dan dilecek
100 gm tepung pulut
1 bungkus serbuk santan
2 sb gula
air secukupnya
Bijan secukupnya
Inti kacang merah yang direbus empuk,dilecek ditambah gula dan sedikit minyak

Cara Membuatnya
1. Bulat-bulatkan inti dan ketepikan.

2.Pes ubi keledek dicampur tepung,santan serbuk,gula dan digaul dengan sedikit air.Uli sebentar hingga sebati.

3.Bentukkan doh bulat memanjang kemudian potong bagi sama saiz.Ambil seketul,leperkan kemudian masukkan inti dan dibentuk menjadi bulat.Buatlah sehingga selesai.

4.Pijarkan minyak.basahkan tangan dan ambil bebola kuih,kepal-kepalkan baru digolek ke dalam bijan lalu digoreng hingga masak dan kelihatan cantik.


Yang ini pula kuih yang kak rus buatkan untuk hidangan pagi semalam....teringin nak buat bila kak rus pergi ke rumah Mamafami.....terima kasihlah Mamafami memperkenal Lopes de Sequeira yang baik hati ni........ lemak dan lembut rasanya.......kak rus hidangkan dengan sirap Maple.



Kak rus copy bulat-bulat dari rumah Mamafami......TQ Mamafami
KUIH LOPES
Posted by MamaFaMi
Source : Tulip77

Ingredients :

2 cups glutinous rice
2 cups thin coconut milk
1/2 cup screwpine leaves juice
1 teaspoon lime water (air kapur)
1/2 teaspoon salt
a few drops of green food coloring
freshly grated coconut mixed with a bit of salt and steam for 5 minutes

Palm Sugar Syrup :

3 pieces palm sugar
5 tablespoons sugar
3 cups water

Method :

1. Wash the rice and rinse. Soak the rice with water, green food coloring and lime water for 3 hours.
2. Blend some screwpine leaves with 1/2 cup water and put to a strainer to get the juice. I didn't do this but instead, I just mix some pandan essence and 1/2 cup of water.
3. After 3 hours, put the soaked rice through the strainer. Pour the rice into a tray together with the pandan juice. Steam for 20 minutes.
4. Remove the tray from the steamer, add in coconut milk and steam for another 30 minutes.
5. I had used the egg ring and the base of my measuring cup to shape the lopes. Place a piece of plastic under the egg ring. Spoon enough rice into the ring. Cover with plastic and press using the botton of the measuring cup or you can use the bottle cover, whichever convenient.
6. Remove from the ring and coat the shaped rice with freshly grated coconut.
7. Place the lopes on a plate and top with Palm Sugar Syrup. Enjoy!

Method for Palm Sugar Syrup:

Combine palm sugar, sugar and water in a pot and boil over moderate heat until sugar dissolves. Strain.



Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net