Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Apr-2012 08:30 Email | Share | Bookmark
Dua Juadah Untuk Breakfast

Pagi ini sebelum kak rus ke hospital,kak rus buat pisang goreng dulu.......sedap sungguh pisang awak nipah ni yang dah ditebang pokoknya minggu sudah.Sebenarnya kak rus bukan boleh makan pisang .....tapi bedal juga,mana boleh tahannnnn.
Memandangkan bengkang petang semalam masih berbaki, kak rus hidangkan sekalilah.
Kak rus hidangkan dengan air teh daun pudina....teringin cuba bila tengok tok Arab dok pekena teh ni......eeeehhhhh....lain kali tak payah dok buat lagi pasal tak ngam dengan selera kak rus...sedap lagi Teh O.



Ini Bengkang Pandan Berbawang petang semalam....gambar pun tak berapa terang....blur gitu.....
Resepinya....nanti ....kak rus pi hospital dulu.



Resepinya
3/4 cawan gula
4 helai daun pandan digunting pendek
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan santan pekat
1 kotak susu segar - 250 ml
2 sudu besar butter
3 biji telur A
1/2 sudu teh jintan manis
sedikit kulit kayu manis - serbuk atau batangnya
1 sudu teh pandan paste / pewarna hijau apple
secubit garam
10 ulas bawang kecil dihiris nipis
secukupnya minyak sapi dan minyak masak
Cara Membuatnya
1.Panaskan ketuhar,blendkan daun pandan,jintan manis dan kulit kayu manis dengan 1 cawan air,kemudian tapiskan.

2.Blendkan tepung gandum,gula,garam,telur,santan, susu,butter,jus pandan dan pandan paste hingga sebati.

3.Panaskan acuan di atas dapur,masukkan minyak sapi dan minyak masak.Taburkan bawang dan biarkan sebentar jangan sampai bawang terlalu masak lalu tuangkan adunan tadi.Kacau-kacau sikit supaya permukaan minyak dan bawangnya sekata.

4. Bakar adunan 40-50 minit atau sampai masak.Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.



Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net