Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Apr-2012 02:00 Email | Share | Bookmark
Kepak Ayam Panggang yang Tak Dapat Dilupakan

 
 
Kak rus teringin nak buat semula kepak ayam panggang yang kak rus makan di rumah Kak Sham tempoh hari.Memang tak dapat kak rus lupakan kesedapannya.Nak ambil lagi seketul kepak terasa malu pula,nampak macam lahap sangat tapi memang banyak ketul kepak ayam yang dihidangkan hari tuuuu.Selain kepak ayam panggang,Kak Sham juga menghidangkan Kari Ikan Tenggiri & Bendi,Sayur Kangkung Belacan,Ikan Cencaru Masak Sambal,Sambal Belacan dan Ulamannya,Kerabu Jantung Pisang dan Pecal.....alahai memang sedap sangat-sangat Kak Sham.

Hari ini selepas balik dari Tesco terus kak rus memproses kepak ayam tu dan perap 2 jam sahaja....sepatutnya lagi sedap kalau perap semalaman dalam peti ais.



Bahan-bahan
8-10 ketul kepak ayam
1 sudu kecil madu
1 sudu besar sos BBQ (kak rus guna jenama Life)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
2 ½ sudu besar yogurt
4cm halia – ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
Butter/minyak masak
Kak rus dah tak tambah gula dan garam...memang rasanya dan balance sebab kak rus kena kurangkan gula dan garam dalam masakan.Tapi sekiranya nak tambah pun tak mengapa.
Cara-cara
Basuh dan toskan kemudian lapkan kering kepak ayam. Ketepikan.
Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali butter / minyak masak. Perap lebih kurang 4jam tapi seeloknya semalaman dalam peti ais.
Panaskan oven suhu 180.
Susun kepak ayam dan renjis-renjiskan dengan minyak atau letak sedikit butter di atas ayam.
Bakar mulanya selama 30 minit kemudian balik-balikkan dan sapukan lebihan bahan perapan kemudian sambung memanggangnya dalam oven lagi 30 minit atau sehingga kepak masak.


Selain kepak ayam kak rus juga buat iniiiii.......Kerabu Mangga Siam.Semasa dok menggaul sebati bahan-bahannya,air liur kak rus dah kecur.....alahai....





Assalamualaikum.......dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net