Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Apr-2012 16:19 Email | Share | Bookmark
Kuih Jepun Kaaa,Kuih Korea....?

 
 
Pagi-pagi subuh lagi kak rus mengeluarkan inti kacang merah lebihan Onde-onde Keledek hari tu yang membeku dalam freezer.Ingat hati....lepas sembahyang nanti kalau rajin kak rus buat tapi kalau malas....alamatnya simpan baliklah inti tu.
Nasib baik terbuka hati kak rus nak buat juga kuih tu....memandangkan acuannya dah lama kak rus beli.Mula ingat hati nak cuba buat Kuih Pau Kastad.....berkenan bila singgah kat rumah Madiha.Alahai....tepung kastad pula tak dak jadi buat kuih tulah.Tak tahu pula kuih tu kuih orang Jepun ka atau kuih orang Korea?Ingat hati Jepun ka Korea ka....hentamlah....kuihnya sama.Teringat kak rus hidangan Sushi Jepun.....orang Korea panggil Gimbab/Kimbab.

Kak rus buat kuih ni....Kuih Taiyaki pagi tadi sebagai sarapan....dapatlah lima keping ke lima ekor....?Sedap makan panas-panas.



Resepinya ambil dari Youtube tapi kak rus lebihkan sikit air memandangkan baternya agak pekat.
Resepi Kuih Taiyaki

200 gm tepung kek
1 1/2 st baking soda
4 sb gula (kak rus guna 3 sb shj)
1 biji telur
200 ml air (kak rus tambah lagi 2 sb)
secubit garam (kak rus tambah)
sedikit vanilla (kak rus tambah)
secukupnya inti kacang merah yang chunky
sedikit minyak untuk griskan acuan

1. Ayak tepung,baking soda dan garam .Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan gula.....dikacau-kacau supaya bercampur rata.

2. Pukul telur dengan redai pemukul telur hingga kelihatan sedikit berbuih dan ketepikan sebentar.

3. Adunkan pula campuran tepung tadi dengan air kemudian masukkan telur,menggunakan redai pemukul telur supaya adunan tidak berketul.

4. Biarkan adunan selama 15 minit dan boleh digoreng menggunakan acuan berbentuk ikan.Boleh juga menggunakan acuan Kuih Cara. Sudukan bater ke dalam acuan,
masukkan inti kacang merah,sudukan lagi sedikit bater ke atas inti dan tutup acuan bahagian atas kemudian alih pula acuan tu supaya kena api di kedua-dua belah.


Pagi semalam kak rus hidangkan burger ni.....hahahaha...kak rus panggil Burger Pagi.......sebab kak rus buat untuk sarapan.Buat cuma 2 keping sahaja memandangkan kak rus dan adik kak rus sahaja yang ada di rumah.Suami kak rus ke Ipoh....dijemput untuk memberi kursus kepada sekumpulan Pegawai Perubatan dan anak lelaki kak rus pula ke Bali.
Kak rus ingin nak buat burger ni bila menonton Ina Garten dari rancangan Barefoot Contessa menyediakannya dan dihidangkan juga dengan bawang besar goreng.Kak rus guna daging burger Ramli dan roti burger Gardenia yang siap dibelah.







Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net