Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-May-2012 22:50 Email | Share | Bookmark
Alahai ....Nipisnya dan Apasal Gebu Sangat.

 
 
Kak rus dah lama tak buat kuih lapis.....pagi tadi tergerak hati nak buat kuih ni.....memandangkan ada separuh lagi tepung Hoen Kwe Nona bewarna merah dan putih kat dalam gobok.Bila melapisnya di dalam acuan tak ingat pula berapa senduk....ambil mudah kak rus lapis cuma satu senduk untuk satu lapisan....hahaha.......Bila sejuk apa lagi terus memotong kuih lapis tersebut.......Suami kak rus tanya ni kuih apa ni....sedap sungguh rasanya.Kak rus bagi tahu.....takkan tak kenal kot.....ni haaa kuih lapis.Kuih lapis apa lagu ni....hahahahahahaaaa...... tergelak sungguh kak rus.
Walaupun lapisannya nipis tetapi rasanya sungguh mantap.....gedik kuih ini meletup sungguh....goyangnya amat cantik sekali.Baunya alahai.....harum memikat.Lain kali kena buat ikut resepi ni....ambil dari kotak tepung tersebut.........baca resepi guna kanta pembesar sebab tulisannya terlalu kecillll.......



Resepinya:
A
50 gm tepung Hoen Kwe merah bersamaan 1/2 kotak
60 gm gula halus bersamaan 3/4 cwn (kak rus guna 1/2 cwn sahaja)
1/4 st garam
450 ml santan bersamaan 2 1/4 cwn

B
50 gm tepung Hoen Kwe putih bersamaan 1/2 kotak
60 gm gula halus bersamaan 3/4 cwn (kak rus guna 1/2 cwn)
1/4 st garam
450 ml santan bersamaan 2 1/4 cwn

1.Panaskan kukusan dan sediakan acuan.di dalam kukusan.

2.Campurkan bahan A dan B dalam mangkok yang berasingan.

3.Lapiskan adunan yang bewarna merah dahulu....kukus lebih kurang 5 minit.

4.Tuang pula adunan putih dan buatlah sehingga selesai.(3 lapisan terakhir kak rus tambahkan pewarna kuning dalam adunan putih dan warna merah ke dalam adunan merah)

5.Biarkan selama 15-20 minit untuk kukusan terakhir.Bila masak bolehlah dipadamkan api dan dibiarkan sejuk.Bila betul-betul sejuk baru cantik dipotong untuk dihidangkan.

Peringatan:Setiap kali melapis bater mesti dikacau.


Entah apa pula angin yang melanda kak rus buat Pai Ayam petang tadi..... .Sebelum suami kak rus ke Batu Dua untuk pantau projek Perkasa esok..... dia ambil satu....sedap katanya tapi awat gebu sangat.........huhuhuhuhuuuuuu.Mananya tak gebu.....kak rus guna resepi pastri rapuh untuk kulitnya.



Resepi pastri:
2 1/4 cwn tepung gandum
1 cwn butter sejuk didadu
secubit garam
1 st gula
5-7 sb air ais
1 sb jus lemon
1. Campurkan tepung,garam,gula dan butter ke dalam food processor dan kisar sekejap-sekejap hingga tepung nampak bercampur serta berserdak

2. Tuangkan sikit-sikit air ais yang bercampur jus lemon ke dalam mesin tersebut sambil mesin dionkan.Sekejap sahaja adunan dah siap.Disebabkan adunan masih lagi sejuk terus tekan ke dalam acuan....cucukkan dengan garfu dan bakar 10 minit.

3. Masukkan inti,tutupkan bahagian atas,tekankan tepinya dengan garfu dan buat lubang di tengahnya dengan pisau kemudian sapu egg wash....bakar hingga kelihatan keemasan.


Resepi pemekat
1 sb butter
1 sb tepung gandum
200 ml susu segar
Cairkan butter kemudian masukkan tepung...kacau sebati kemudian masukkan susu dan terus kacau menjadi sebati dan pekat.....tutup api dan ketepikan.

Resepi inti
1 sb butter
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
200 gm isi ayam didadu
100 gm sayur campur
1 biji kentang didadu dan direbus
1 helai daun bay(optional)
1 sk serbuk lada sulah(kak rus guna serbuk lada hitam)
1 sb serbuk sup cendawan
garam secukup rasa
sedikit air

1. Cairkan butter,masukkan bawang besar dan bawang putih agak layu masukkan isi.ayam dan bahan-bahan lain.

3. Akhir sekali masukkan bahan pemekat tadi dan kacau sebati.Bila dah nampak elok kepekatannya (jangan terlalu berair)...tutupkan api dan sejukkan.






Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net