Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 2-Feb-2013 11:50 Email | Share | Bookmark
Masak-Masak Dan Makan

Sudah seminggu berlalu.....alahai.......dah masuk bulan Februari.....sekejap saja dah nak Raya Cina.Tentu sibuk mereka sekarang menyediakan kuih raya untuk dihidangkan pada hari raya nanti.
Kita yang tak menyambut raya pun sibuk dengan masakan untuk hidangan harian....dan satu yang kak rus perasan semua seronok memilih buah limau untuk dinikmati seisi keluarga.Kak rus pun sama....suka sangat dengan buah limau Lokam yang juicy dan manis......beli di musim Perayaan Tahun Baru Cina.
Ini hidangan utama semalam......cepat dan mudah......Lemak Udang bersama Buncis.



Kak rus buat kek hawflakes lagi sebab ada lebihan dari buat Kek Kukus Masam Manis....tapi kali ni kak rus bakar.Nak bagi kelainan kak rus masukkan sedikit pewarna merah........tapi rasanya sedap lagi yang kukus hari tu...



Petangnya Kak Nab singgah ke rumah kak rus pasal nak bagi kuih ni....Kuih Beka....Kak Nab beli kat Tanjung Dawai....Terima Kasih Kak Nab.Kak rus bekalkan Mee Rebus kepada Kak Nab sebagai balasan......tapi gambar mee tu tak sempat pula kak rus ambil.....alahai.....



Pagi semalam....gelap buta kak rus mengadun kuih ni....Kuih Apam Butter pasal kena perap 3 jam.Kak rus buat untuk buah tangan kepada Puan Zauyah yang buat kenduri akikah cucunya di Padang Temusu.



Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B) 3/4 cawan gula pasir
4 biji telur
*3 cawan tepung gandum
*1/2 sdt soda bikarbonat
*2 sdt baking powder
(*diayak bersama)
400 ml susu cair
1 sdt esen vanilla

Cara-cara:
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.

- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.Perapkan 3 jam.

- Panaskan pengukus dan acuan kuih. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Jangan sampai penuh ....3/4 acuan sahaja.....bila bubuh penuh jadi tembam pula.

- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, keluarkan dan boleh dihidangkan....nak sedap lagi boleh dihidangkan dengan kelapa parut putih campurkan sedikit garam.





Assalamualikum dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net