Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Feb-2013 20:38 Email | Share | Bookmark
Buat Pulut Kuning Lagi

Dah jadi gian guna microwave.....kak rus buat pulut kuning pula.....alahai memang lembut jadinya pulut tersebut.Pulut tu kak rus hidangkan dengan kari ayam kerisik.....alahai tak puas-puas kak rus menjamu selera.



Resepinya....paling mudah.
2 cwn beras pulut direndam dalam air + sedikit kunyit + sekeping asam gelugor.
Rendam selama 2 jam.

2 cwn air
1 cwn santan pekat
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak masak

1.Pulut yang jadi kuning tu ditos dan dibilas, dimasukkan ke dalam mangkok dan campurkan dengan 2 cwn air.

2.Masukkan ke dalam microwave dan setkan 10 minit.

3.Keluarkan pulut ,gaul-gaulkan kemudian campurkan sebatian ( santan + garam + gula +minyak masak),gaulkan sebati dan masukkan semula ke dalam microwave dan set lagi 8-9 minit.

4.Keluarkan pulut dan kacau sebati dan tutup sebentar permukaan mangkok tu dengan plastik atau penutup......dah boleh dihidangkan.




Assalamualaikum ...dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net