Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Jul-2013 12:32 Email | Share | Bookmark
Dari Florence,Kami Ke Rome

Pagi-pagi lepas sarapan,kak rus bergegas ke Pasar Kulit Florence kerana pada pukul 11.00 pagi bas akan bertolak ke Rome pulak.Tapi tak boleh nak keluar kerana hujan turun mencurah-curah......sejuk yang amat.
Tekadkan azam jalan juga redah hujan nak ke Pasar Kulit yang tutup pukul 6.00 petang semalam....sambil menggigil-gigil.
Kagum sungguh dengan barangan yang dijual......bukan pasal apa tapi pasal harganya memang murah.......tapi memang susah nak memilih barang dalam keadaan hujan dengan berpayung.......gerai kak pasar ni rapat sangat antara satu sama lain......payung yang dipegang bersentuhan dengan barangan yang bergantungan....nak lepas payung tak boleh pulak pasal hujan lebat sangat.....alahai.....



Dalam masa dok membelek barangan kak rus disapa dalam Bahasa Melayu oleh seorang penjaja....fasih pertuturannya......seorang Bangladesh.....padanlah.....bila kak rus berbual dengannya dia kata dia pernah tinggal di Sungai Petani hampir 15 tahun lamanya.
Selesai.....tapi terkilan sebab tak beli-belah sepenuhnya di sini....pasal hujan.....dok teringat dekat jam takut kena tinggal dengan bas.Masuk sebentar ke pasar yang terletak di dalam bangunan.....beli buah-buahan dan sedikit jeruk pedas buah zaiton.
Balik semula ke hotel untuk mengangkat beg....naik bas pukul 11.00 pagi untuk bertolak ke Rome....tapi ada satu insiden berlaku menyebabkan bas tak boleh keluar dari simpang depan hotel sampai kena campur tangan pihak polis dan perbandaran......pukul 12.00 baru boleh bertolak....alahai ruginya masa.
Sampai di bandar Rome....wow....sungguh cantik Rome....terpukau kak rus......






Bila sampai ke Colosseum.....kamera kak rus pula habis baterinya....jadi ambil gambar dengan menggunakan handphone saja...Dah penat meninjau Colosseum kami naik bas menuju ke hotel di Camping Village Roma,Via Aurelia,831-00163,Rome,Italy.Bilik penginapannya macam sebuah chalet tapi amat cantik kemas dan moden.....kagum betul kak rus dengan penginapan ini.....tak pula teringat nak ambil gambar dalamanya.....walaupun kecil tapi sungguh puas hati......molek sangat......dia berupa bilik berkembar......tidur dengan nyamannya tapi sejuk yang teramat sangat....kena pasang heater pula.








Assalamualaikum dan Terima Kasih Semua........


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net