Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 21-Jul-2013 10:23 Email | Share | Bookmark
Satu Hari Di Venice

Lama juga dok atas bas menuju ke Venice.......kami check in ke hotel dulu....Hotel The City of Art.Tinggalkan beg dan terus ke tempat menunggu bas local untuk ke Pelabuhan Venice......nak naik gondola.
Bila sampai kami dibawa berjalan kaki menyusuri lorong-lorong sempit yang terdapat banyak kedai-kedai menjual barangan yang memang cantik-cantik belaka tapi tak dak masa nak beli sebab Zowei jalan cepat sangat.......hujan pula turun.....alahai leceh betul kalau hujan turun.Singgah sekejap ke gerai nak makan piza Margarita yang ada sayur sahaja bersama ais krim dan sebotol air,harganya 5 euro.
Kemudian Zowei bawa kami ke kedai topeng.....wow cantik-cantik belaka topeng yang dijual di sini.Selepas mendengar penerangan daripada tuan empunya kedai cara membuatnya kami berjalan kaki lagi menyusuri lorong-lorong kat kawasan tu untuk ke pusat pelancongan Venice yang terkenal dengan gondola.Sebelum naik gondola jalan-jalan-jalan dulu window shopping.




Piza yang kami makan bukan sebiji tetapi sejorong sahaja.....alahai....tak kenyang pun.



Bila dah petang selepas naik gondola kami bebas hari ini jadi kak rus dan family ke teminal feri beli tiket untuk naik feri pula ke bahagian hadapan iaitu ke stesen bas tadi....dan selesailah satu hari kami di Venice.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua........


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net