Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Sep-2013 15:25 Email | Share | Bookmark
Sebulan Lebih Tak Update....Alahai

Lama menyepi sampai dah terlupa kisah sambungan perjalanan makan angin ke Europe....raya pun dah hampir sebulan nak berlalu.....bukan tak buat kuih raya ...tapi kalau nak cerita pasal masak- memasak mungkin tak habis-habis.Untuk juadah raya sahaja hampir semua hidangan disediakan sepanjang bulan raya ni............... antaranya....Lontong,Nasi Tomato,Laksa Utara,laksa Siam,Soto Madura,nasi impit kuah sate,bihun sup dan macam-macam lagi tapi gambarnya malas pula nak ambil.
Terbaru kak rus buat Mee Rebus Johor.....mulanya nak cuba mee rebus pak Aziz Satar tapi entah kenapa kak rus terbuat mee rebus Johor style Queenie....Terima kasih banyak-banyak kak rus ucapkan....memang mee rebus tu sedap sangat walaupun kak rus tak masukkan serai pasal tak dak stok serai....bila pi kat kedai depan rumah tak dak juga serai....balik dengan tangan kosong kak rus buat juga mee rebus tu...ternyata memang sedap teramat.
Kak rus kena selesaikan catatan perjalanan ke Europe tempoh hari....semuanya untuk kenangan kak rus semata.Nak mula balik pun dah ingat-ingat lupa.....

Hari perjalanan seterusnya adalah pada hari Ahad.....kami bertolak ke Munich,German....alahai bila sampai tak dak apa nak diceritakan pasal hari Ahad semua premis di bandar Munich tutup....cuma jalan-jalan window shopping dalam keadaan kesejukan kerana hujan lebat.
Sebelum sampai ke destinasi kami terpaksa berhenti di sebuah pekan kerana jalan ditutup......ada marathon......ramainya peserta marathon tu.....




Tak pernah masuk bar Zowei bawa masuk ke bar menyaksikan orang-orang German meraikan kemenangan pasukan bolasepak German menang malam semalam alahai loya tekak kak rus dengan bau alkohol,beer,wine,whisky dan segala air syaitan....makan pun tak kenyang kerana bebola kentang yang dihidang teramatlah masinnya.Bila balik ke hotel suami kak rus singgah ke sebuah kedai pak Arab membeli kambing panggang.....untuk kami 4 beranak makan......alahai leceh betul pasal hujan di Munich.
Besoknya kami berangkat ke Boppard menginap di Hotel Rheinlust......air sungai yang mengadap ke hotel melimpah kerana German dilanda banjir .........dek hujan lebat yang turun tak henti-henti.
Keluar sekejap ke pekan Boppard untuk beli-belah tapi terpaksa beli cepat-cepat pasal ke semua kedai di situ akan ditutup pada pukul 6.00 ptg.....masa tu dah pukul 5.00 ptg....alahai.Balik semula ke hotel untuk makan malam......kak rus makan cepat-cepat pasal nak pergi semula ke kedai-kedai tadi.....tapi alahai bila sampai kak rus tengok sebuah kedai pun tak buka ....semuanya dah tutup.....walaupun hari kelihatan masih siang.











Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net