<height>60</height>
<description><![CDATA[Kak rus dalam tempoh berpantang selama 3 minggu....huhuhuhuuu...jadi tak bolehlah nak makan sebarang hidangan seafood.Walaubagaimana pun masak kena masak juga.Hari ini buat kari ayam,sayur kubis,kukus ikan kembung dan buat air asam.Kak rus cuma sempat ambil gambar ni saja.....air asam dan ikan kukus.Kak rus tak makan pun....sebab ikan juga tergolong dalam kumpulan seafood....alahai apalagi air asam tu pasal ada belacan.
Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua...... :->  :->  :->  :->  :->  :->  :-> ]]></description>
<description><![CDATA[Kak rus dah lama tak buat kuih lapis.....pagi tadi tergerak hati nak buat kuih ni.....memandangkan ada separuh lagi tepung Hoen Kwe Nona bewarna merah dan putih kat dalam gobok.Bila melapisnya di dalam acuan tak ingat pula berapa senduk....ambil mudah kak rus lapis cuma satu senduk untuk satu lapisan....hahaha.......Bila sejuk apa lagi terus memotong kuih lapis tersebut.......Suami kak rus tanya ni kuih apa ni....sedap sungguh rasanya.Kak rus bagi tahu.....takkan tak kenal kot.....ni haaa kuih lapis.Kuih lapis apa lagu ni....hahahahahahaaaa...... LOL  LOL  LOL tergelak sungguh kak rus.
Walaupun lapisannya nipis tetapi rasanya sungguh mantap.....gedik kuih ini meletup sungguh....goyangnya amat cantik sekali.Baunya alahai.....harum memikat.Lain kali kena buat ikut resepi ni....ambil dari kotak tepung tersebut.........baca resepi guna kanta pembesar sebab tulisannya terlalu kecillll.......
Resepinya:
A
50 gm tepung Hoen Kwe merah bersamaan 1/2 kotak
60 gm gula halus bersamaan 3/4 cwn (kak rus guna 1/2 cwn sahaja)
1/4 st garam
450 ml santan bersamaan 2 1/4 cwn
B
50 gm tepung Hoen Kwe putih bersamaan 1/2 kotak
60 gm gula halus bersamaan 3/4 cwn (kak rus guna 1/2 cwn)
1/4 st garam
450 ml santan bersamaan 2 1/4 cwn
1.Panaskan kukusan dan sediakan acuan.di dalam kukusan.
2.Campurkan bahan A dan B dalam mangkok yang berasingan.
3.Lapiskan adunan yang bewarna merah dahulu....kukus lebih kurang 5 minit.
4.Tuang pula adunan putih dan buatlah sehingga selesai.(3 lapisan terakhir kak rus tambahkan pewarna kuning dalam adunan putih dan warna merah ke dalam adunan merah)
5.Biarkan selama 15-20 minit untuk kukusan terakhir.Bila masak bolehlah dipadamkan api dan dibiarkan sejuk.Bila betul-betul sejuk baru cantik dipotong untuk dihidangkan.
Peringatan:Setiap kali melapis bater mesti dikacau.
Entah apa pula angin yang melanda kak rus buat  Pai Ayam petang tadi..... LOL  LOL  LOL  LOL .Sebelum suami kak rus ke Batu Dua untuk pantau projek Perkasa esok..... dia ambil satu....sedap katanya tapi awat gebu sangat.........huhuhuhuhuuuuuu.Mananya tak gebu.....kak rus guna resepi pastri rapuh untuk kulitnya.
Resepi pastri:
2 1/4 cwn tepung gandum
1 cwn butter sejuk didadu
secubit garam
1 st gula 
5-7 sb air ais 
1 sb jus lemon
1. Campurkan tepung,garam,gula dan butter ke dalam food processor dan kisar sekejap-sekejap hingga tepung nampak bercampur serta berserdak
2. Tuangkan sikit-sikit air ais yang bercampur jus lemon ke dalam mesin tersebut sambil mesin dionkan.Sekejap sahaja adunan dah siap.Disebabkan adunan masih lagi sejuk terus tekan ke dalam acuan....cucukkan dengan garfu dan bakar 10 minit.
3. Masukkan inti,tutupkan bahagian atas,tekankan tepinya dengan garfu dan buat lubang di tengahnya dengan pisau kemudian sapu egg wash....bakar hingga kelihatan keemasan.
Resepi pemekat
1 sb butter
1 sb tepung gandum 
200 ml susu segar
Cairkan butter kemudian masukkan tepung...kacau sebati kemudian masukkan susu dan terus kacau menjadi sebati dan pekat.....tutup api dan ketepikan.
Resepi inti
1 sb butter
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
200 gm isi ayam didadu
100 gm sayur campur
1 biji kentang didadu dan direbus 
1 helai daun bay(optional)
1 sk serbuk lada sulah(kak rus guna serbuk lada hitam)
1 sb serbuk sup cendawan
garam secukup rasa
sedikit air
1. Cairkan butter,masukkan bawang besar dan bawang putih agak layu masukkan isi.ayam dan bahan-bahan lain.
3. Akhir sekali masukkan bahan pemekat tadi dan kacau sebati.Bila dah nampak elok kepekatannya (jangan terlalu berair)...tutupkan api dan sejukkan.
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua 8-)  8-)  8-)  8-)  8-)  8-) ]]></description>
<description><![CDATA[Ternampak donut dihias coklat putih dengan taburan badam di rumah Queenie....alahai hati kak rus berkobar-kobar nak buat macam tu......Kak rus terus mengadun dough  semalam....rasanya tak susah mana pun nak membuat donut tuuuu....yang penting semangat .Terima kasih Queenie kerana dapat charge beteri kak rus...hahahaaaa.
Selain buat donut kak rus buat juga hidangan yang paling mudah ni....Tauhu sumbat.Kak rus nak ucapkan Terima Kasih kepada Datin Juriah pasal bermurah hati bagi rencah kuah kacang....alahai sampai sepeket besar rasa-rasa kak rus sekilo.....ingat hati bilalah nak habis........apapun kak rus kena buat selalu kuah kacang dan hidangan yang menggunakan kuah kacang tersebut.
* http://www.youtube.com/watch?v=j29A_9J9nP4
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.... :-D  :-D  :-D  :-D  :-D  :-D  :-D ]]></description>
<description><![CDATA[Macam Astro juga kak rus ni.....heheheheee.....suka ulang masakan yang sudah beberapa kali diulang.Tapi.....kak rus taklah kaut keuntungan...... satu sen pun tidak.
Hari ini Kak Sham jemput lagi makan-makan kat rumahnya.Alahai Kak Sham terima kasihlah di atas ingatan Kak Sham.....pi rumah Kak Sham tu berapa kali pun tak kisah....cantik sungguh rumah Kak Sham.Hari ini makan pun sedap....antara lauk-pauknya ialah Lemak cili api pucuk ubi,Kari ikan kering +terung,Ayam goreng berempah,Rendang daging,Ulam-ulaman + Sambal Kuinen,Gado-gado dan Udang goreng....alahai sedap memukau.Kak rus bawa tat ini....Strawberry Cheese Tarts....buat malam semalam.Kak rus dah berulang-ulang kali membuatnya.....pasal sedap sangat dan baru hari ini kak rus sempat posing gambarnya kalau tidak tak sempat....tengok-tengok dah selesai.
Yang ini pula sarapan pagi tadi.....Kuih Lopes......buat style paling mudah.Pulut tak perlu direndam pun.....tanak pulut dengan air daun pandan + sedikit santan + sikit pewarna hijau....bagi separuh masak kemudian tekan dalam dulang pengukus dan kukus hingga masak.Esok pagi boleh dipotong....gaul dengan kelapa putih + sikit garam dan dihidangkan dengan air gula merah.
* http://www.youtube.com/watch?v=vHXQcKecfP8&feature=related
Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua....... :->  :->  :->  :->  :->  :->  :->  :-> ]]></description>
<description><![CDATA[Pagi-pagi subuh lagi kak rus mengeluarkan inti kacang merah lebihan Onde-onde Keledek hari tu yang membeku dalam freezer.Ingat hati....lepas sembahyang nanti kalau rajin kak rus buat tapi kalau malas....alamatnya simpan baliklah inti tu.
Nasib baik terbuka hati kak rus nak buat juga kuih tu....memandangkan acuannya dah lama kak rus beli.Mula ingat hati nak cuba buat Kuih Pau Kastad.....berkenan bila singgah kat rumah Madiha.Alahai....tepung kastad pula tak dak jadi buat kuih tulah.Tak tahu pula kuih tu kuih orang Jepun ka atau kuih orang Korea?Ingat hati Jepun ka Korea ka....hentamlah....kuihnya sama.Teringat kak rus hidangan  Sushi Jepun.....orang Korea panggil Gimbab/Kimbab.
Kak rus buat kuih ni....Kuih Taiyaki pagi tadi sebagai sarapan....dapatlah lima keping ke lima ekor....?Sedap makan panas-panas.
Resepinya ambil dari Youtube tapi kak rus lebihkan sikit air memandangkan baternya agak pekat.
Resepi Kuih Taiyaki
200 gm tepung kek
1 1/2 st baking soda
4 sb gula (kak rus guna 3 sb shj)
1 biji telur 
200 ml air (kak rus tambah lagi 2 sb)
secubit garam (kak rus tambah)
sedikit vanilla (kak rus tambah)
secukupnya inti kacang merah yang chunky
sedikit minyak untuk griskan acuan
1. Ayak tepung,baking soda dan garam .Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan gula.....dikacau-kacau supaya bercampur rata.
2. Pukul telur dengan redai pemukul telur  hingga kelihatan sedikit berbuih dan ketepikan sebentar.
3. Adunkan pula campuran tepung tadi dengan air kemudian masukkan telur,menggunakan redai pemukul telur supaya adunan tidak berketul.
4. Biarkan adunan selama 15 minit dan boleh digoreng menggunakan acuan berbentuk ikan.Boleh juga menggunakan acuan Kuih Cara. Sudukan bater ke dalam acuan,
masukkan inti kacang merah,sudukan lagi sedikit bater ke atas inti dan tutup acuan bahagian atas kemudian alih pula acuan tu supaya kena api di kedua-dua belah.
Pagi semalam kak rus hidangkan burger ni.....hahahaha...kak rus panggil Burger Pagi.......sebab kak rus buat untuk sarapan.Buat cuma 2 keping sahaja memandangkan kak rus dan adik kak rus sahaja yang ada di rumah.Suami kak rus ke Ipoh....dijemput untuk memberi kursus kepada sekumpulan Pegawai Perubatan dan anak lelaki kak rus pula ke Bali.
Kak rus ingin nak buat burger ni bila menonton Ina Garten dari rancangan Barefoot Contessa menyediakannya dan dihidangkan juga dengan bawang besar goreng.Kak rus guna daging burger Ramli dan roti burger Gardenia yang siap dibelah.
* http://www.youtube.com/watch?v=p0fSGKbKx0Q
<description><![CDATA[Kak rus memang tak pernah lagi rasa apa-apa hidangan menggunakan zucchini.Dulu pada tahun 1990an ada satu resepi kek menggunakan zucchini....teringin juga nak cuba tapi rasanya nak dapat kat mana sayur tu mungkin di Cold Storage,Penang adalah.Takkan nak buat kek tu sampai kena seberang laut ke Penang pula.Walaupun pergi juga ke Penang sekali-sekala tapi.....Melayu mudah lupaaa......
Sejak minat dengan drama-drama Korea......teringin pula nak buat hidangan menggunakan zucchini sebab senang nak dapat....mana lagi kalau tak di Tesco.Minggu sudah kak rus membeli sebiji zucchini bersaiz comel saja saiz s.........Harganya mengalahkan harga sekilo timun......belilah nak berkira apa sangat.Keinginan mencuba masakan menggunakan zucchini membuak-buak bila kak rus terbaca satu blog yang menguar-uarkan kesedapan sayur ini.Penulis blog tu sama macam kak rus tak pernah makan zucchini.Semasa beliau mengandung,keinginan mencuba zucchini menjadi-jadi lalu dibelinya dan memang terserlah dia menggemari zucchini.Kalau ke supermarket pasti dia akan beli zucchini sekiranya terjumpa.
Kak rus dah rasa sayur berbentuk buah zucchini ni.......sedapppppp......Ini bagi tekak kak rus lah.Kak rus buat hidangan simple sahaja yakni Zucchini Goreng.Sadurkan zucchini dengan tepung yang dicampur dengan garam dan lada,celupkan dalam telur lalu digoreng dengan sedikit  minyak .Alihkan bila dah masak bahagian bawahnya,bila masak,angkat dan toskan.Hidangkan dengan sosnya tersendiri.....kak rus cuma hidangkan dengan sos cili,dihidangkan untuk makan tengahari dengan lauk-pauk yang lain.
Nampak gelap sikit zucchini goreng tu....lain kali kalau goreng.....ingatttttt,perlahankan api tu sikit.Orang tua-tua pesan........Biar lambat, asalkan selamat.
* http://www.youtube.com/watch?v=qzGAAEAX39c&feature=related
Assalamualaikum.......dan Terima Kasih Semua ;-)  ;-)  ;-)  ;-)  ;-)  ;-)  ;-) ]]></description>
<description><![CDATA[Kerja memasak sahaja....tak boleh tak masak....ingat pi ingat mai nak masak dan nak kena masak......alahai.Malam semalam kak rus buat bengkang ni memandangkan ada lebihan roti putih dan 2 jantung jagung.Jagung pun dah kelihatan mengecut....ini lebihan buat cucur jagung Jumaat lalu.....kalau lambat sikit pasti jadi .....faham-fahamlah nak sebut pun rasa segan.Selalunya kalau ada lebihan jagung segar kak rus akan hiris nipis-nipis dan simpan dalam freezer.....tapi pasal apa lah jadi pelupa pula.
Yang ini pula buat 2 hari sudah......mulut terasa nak makan hidangan ni....Ayam Lemon...sedap juga tapi tak sesedap Ayam Goreng Berempah.....Resepi ni tak berapa digemari oleh seisi keluarga.....pasal apa....... eeerk.....?Nasib baiklah kak rus buat sosnya berasingan.......
:: AYAM LEMON :: -Dari Majalah Rasa
Bahan-bahan:
1/2 kg dada ayam - dipotong kecil
3 sudu makan kicap
2 sudu makan sos cili
2 biji lemon - ambil jusnya
1 1/2 sudu makan madu
1 sudu makan minyak sayuran
3cm halia - dimayang halus
4 tangkai cili api dicincang (kak rus tambah)
3 ulas bawang putih - dicincang
125ml susu cair
1/2 kiub stok ayam
1 sudu makan tepung jagung
313gm mentega
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kicap, jus lemon, sedikit minyak sayuran serta madu. Perap selama 1/2 jam.
2. Goreng ayam yang telah diperap tadi hingga garing. tinggalkan sedikit minyak goreng ayam di dalam kuali dan tambahkan mentega.
3. Tumis halia dan bawang putih hingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan sos cili dan susu sejat. Biarkan mereneh dan masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
6. Apabila agak pekat sedikit, masukkan ayam yang telah digoreng. kacaukan agar sama rata dan kuah sebati dengan ayam.
7. Angkat dan hidangkan bersama nasi oren tadi.
Kek ni pula buat petang semalam....buat kecil-kecil....senang tak payah nak potong dan masuk mulut sekali suap.Tekstur keknya tak gebu dan ada rasa masam-masam gitu,pasal kak rus kurangkan penggunaan gula.....  eloklah sangat pasal rasa manisnya terletak kat frosting.
Resepinya dari Farmgirl's Dabble....TQ to Brenda.
Kak rus buat setengah adunan sahaja.
    For the baby cakes:
    3-1/2 c. all purpose flour
    2-1/4 tsp. baking powder
    3/4 tsp. kosher salt
    1 c. unsalted butter, at room temperature
    2-1/2 c. sugar
    4 large eggs, at room temperature
    5 T. fresh lime juice
    2 T. finely grated lime peel
    1/2 tsp. neon-green food coloring (found in the baking aisle of grocery store)
    1-1/2 cups buttermilk
    for the frosting:
    8 oz. cream cheese, at room temperature
    1-1/2 c. powdered sugar
    1/2 c. unsalted butter, at room temperature
    1 T. finely grated lime peel
    1/2 tsp. vanilla
Preparation
for the baby cakes:
Preheat oven to 350°.
A couple notes: I prefer to use flexible silicone mini muffin pans with no paper liners for this recipe, but you can also prepare metal mini muffin pans with paper liners. The silicone muffin pans I used are here. Also, I found that there are different sized mini muffin pans out there, so your yield and baking time may vary a bit. The silicone pans I used yield a little bigger mini cupcake than others, which I also happen to like.
Whisk flour, baking powder, and salt in medium bowl and set aside. In a large bowl, beat butter until smooth. Add sugar and beat to blend. Beat in eggs 1 at a time, then the lime juice, lime peel, and food coloring. Batter may look curdled, but that's just fine. Beat in the flour mixture alternately with the buttermilk, in 3 additions. Spoon batter into liners, about 2/3 full. Bake cupcakes until tester inserted into center comes out clean. This took about 20 minutes for me, but it will depend on the size of your tins, so pay close attention to your baking time. Cool 10 minutes and remove from pan. Cool completely before adding frosting.
for the frosting:
Beat all ingredients in medium bowl until smooth. With a medium-large plain round tip, pipe frosting onto cooled cupcakes, or simply spread it on with a knife. Sprinkle a bit of fresh lime zest over tops, if desired.
Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua....... 8-)  8-)  8-)  8-)  8-)  8-)  8-)  8-)  8-) ]]></description>
<description><![CDATA[Dulu masa sekolah kak rus ada membaca novel Seroja Masih Di Kolam nukilan Salmi Manja.Tak tahu pun yang bunga seroja tu ada berbagai warna.Sekarang baru kak rus tahu yang pokok bunga seroja macam pokok yang sejenis dengannya tak boleh hidup di kolam.Kak rus ada menanam pokok seroja ni....walaupun harum bau bunganya tak sehebat bunga mawar tapi kak rus tanam juga agar taman kak rus akan menjadi meriah dengan pelbagai warna.Sebenarnya bunga seroja tak sedap langsung baunya....kak rus lebih menggemari bunga Kerak Nasi yang lembut baunya.
Kak rus masih mencari lagi pokok seroja dengan warna lain pula memandangkan kak rus punyai 3 koleksi warna iaitu merah seroja,jingga dan paling kak rus suka warna putih.Kak rus pernah lihat bunga seroja dengan warna kuning dan warna ungu lemak....hai mana nak cari ni.....?Kak rus perasan yang bunga seroja ni akan mekar dan kembang pada waktu petang........bunganya akan menguncup pada waktu pagi.
Seroja Jingga
Seroja putih yang paling kak rus suka.
Seroja merah
Masih lagi Seroja putih
Bunga yang pasti masih di kolam kak rus ialah bunga ini.....dah lama kak rus tanam hampir 12 tahun dah.....suka sangat walaupun bunga ini pun tak berbau seharum bunga Melur.
* http://www.youtube.com/watch?v=ezivo5-t4i4&feature=fvwrel
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...... 8-)  8-)  8-)  8-)  8-)  8-)  8-) ]]></description>
<description><![CDATA[Apa yang sentiasa ada....?Gula,beras,tepung,minyak,asam,garam,kopi,teh Boh....memang kena sentiasa ada kat dalam rumah.....Bukan itu saja mungkin ada yang lain lagi.Bagi kak rus ada satu lagi yang kena ada iaitu biskut cream crakers atau biskut empat segi......yang ni wajib juga ada sebagai hidangan kecemasan waktu petang.Kak rus akan pastikan stok biskut ini mesti ada....taklah nak jamu tetamu.Segan pula nak jamu tetamu dengan biskut ni....jamu kak rus sendirilah.Biskut ini habuan kak rus makan kala waktu petang sekiranya tak buat apa-apa kuih....kak rus celup dalam air teh panas  mmmmhhh....kadang-kadang tak sedar berapa keping dah kak rus bedal.
Memandangkan biskut ni selalu ada,kak rus selalu juga buat kuih ni.....Pai Lapis Cream Crakers.....ada orang sebut Murtabak Lapis......memang sedap kuih ni dilapiskan dengan inti karipap dan telur.Seeloknya kena bagi biskut tu lembut dulu semasa merendamkannya ke dalam campuran susu dan santan baru cantik dan sedap jadinya kuih tuuuu.
Semalam kak rus buat lagi kuih ni memandangkan suami kak rus menggemarinya... makan dengan sos cili dan mayonis....mmmmmmm....sedap sangat.Kak rus ambil resepinya dari majalah Wanita tahun 80an....kak rus buat cuma separuh adunan sahaja dengan menggunakan 24 keping biskut tu bagi acuan berukuran 9 x 6 inci.
Resepinya...kak rus buat separuh sahaja dari adunan ini
2 peket daging cincang Ramli
2 labu bawang besar didadu
1 tin susu cair
1 kotak kecil santan
36 keping biskut cream crakers
2 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus
7 biji telur
3 sb rempah kari daging
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
sedikit halia*
secukupnya minyak 
5 biji cili merah di hiris nipis atau dicincang
 Cara membuatnya:
1. Panaskan oven,lenserkan acuan dengan majerin dan alas dengan kertas aluminiam foil.
2. Kisar bahan bertanda* lalu ditumis dengan minyak.Masukkan rempah kari,daging,bawang besar dan garam.Masaklah hingga pekat dan kelihatan kering dan sejukkan.
3.Rendamkan 9 keping cream crakers ke dalam campuran susu,santan dan garam.Bila dah lembut susun biskut ini ke dalam acuan.Taburkan 1/3 bahagian inti samarata kemudian daun bawang,daun sup dan cili merah.Seterusnya pukul 6 biji telur dan tuang  1/3 bahagian samarata di atas inti tersebut.
4. Rendamkan lagi 9 keping biskut dan buatlah ulangan tersebut dengan lapisan terakhirnya ialah 9 keping biskut yang direndam yakni 3 lapis inti dan 4 lapis cream crakers.
5.Sebagai penyudahnya,ambil campuran susu dan santan lebihan tadi dan dicampur dengan 1 biji telur lalu dituang samarata ke atas permukaan biskut yakni lapisan teratas lalu dibakar selama 1-1 1/2 jam.Bila dah masak boleh dipotong dan dihidangkan.
*Nak lagi sedap taburkan mozarella cheese ke atas setiap lapisan inti daging.
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...... :-D  :-D  :-D  :-D  :-D  :-D ]]></description>
<description><![CDATA[Kak rus terjumpa satu resepi lama dari majalah Wanita dan dah lama teringin nak mencubanya.Bila diamati resepinya.....aaaihhhh....macam tak munasabah betul.....terlalu banyak gula dan mentega.Rasanya kak rus ingin mencuba juga,jadi kak rus mengambil masa berjam-jam dok buat ubahsuai dan dalam hati....alahai minta bagilah jadi.Alhamdulillah setelah siap.....aaahhhh....jadi juga dengan rasanya yang tak berapa manis,elok-elok dengan citarasa kak rus.Kek ini kak rus buat malam semalam....Kek Lapis Kelapa.
Resepinya setelah diubahsuai
5 biji telur A
1/4 cwn gula 
1 1/4 cwn mentega / majerin
5 sb susu pekat
2 sb kaya
1 1/2 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 st vanilla
1 cwn kelapa kering
1 sb serbuk koko (mumbung)
Cara Membuatnya
1. Sediakan kukusan,lenserkan acuan 8x8 inci dengan majerin dan alaskan plastik biar bagi terkeluar di dua bahagian acuan supaya senang mengeluarkana kek bila sejuk.
2. Putar mentega dengan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
3. Masukkan susu pekat,vanilla dan kaya ,kacau lagi kemudian masukkan tepung yang dah diayak dan sebatikan.
4. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian iaitu 3 bahagian dimasukkan kelapa dan 2 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
5. Kukus dengan lapisan berkelapa dahulu 10 minit kemudian warna koko dan buatlah sehingga selesai.Untuk kukusan terakhir biarkan selama 20 minit.Tutupkan acuan dengan aluminiam foil supaya lapisan atas kek tidak basah setiap kali mengukusnya.
6. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
Pagi ni bangun,walaupun kek dah ada boleh dibuat sarapan,kak rus buat cucuq kodok pula memandangkan pisang dan ranum.
* http://www.youtube.com/watch?v=JEg62IOW41k&feature=fvwrel
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua..... ;-)  ;-)  ;-)  ;-)  ;-)  ;-)  ;-)  ;-) ]]></description>